Khamis, 13 Oktober 2011

Selamat Pagi 13 Oktober 2011

Selamat pagi dan selamat pagi :) Hari ni sudah masuk hari khamis dan esok pula adalah jumaat. Kemudian lusa adalah sabtu dimana cuti hujung minggu pun sudah cukup baik untuk buat aku berasa sangat heaven dan tenang.

Kembali kepada blog, pagi ni aku rasa nak cakap sikit la pasal blog aku ni. Sejak bermulanya semester, aku dah sangat kurang update blog terutama sekali pada siang hari dan hanya aktif pada waktu malam. Itu pun jika aku tak ada kerja yang nak dibuat.

Kalau ada banyak kerja memang tak update macam hari tu la jawabnya. Trafik blog ni maintain lagi ke ? ha ha maintain la sangat kan. Sekarang purata trafik aku setiap hari hanyalah 200 lebih je dan tidak lebih dari jumlah tu.

Sikitkan ? Memang sangat sikit dan padan la dengan blog yang cikai ni. Ranking pula macam mana Firdaus. Ranking lagi la aku nak gelak. Dah lama sangat aku tak masuk ke Alexa.com tu untuk cek ranking blog. Jap ye nak cek sekejap ranking blog aku sekarang ni :


Kah kah jatuh berdebuk sampai 578. Takde dah bawah 500 Malaysia. Tapi kalau ikut ranking dunia sudah cukup baik untuk berada bawah 100 ribu.

jadi apa motif sebenar aku buat post ni ?

Saja nak beritahu bahawa aku dah kurang blogging tapi berhenti daripada blog tidak pernah aku fikir. Aku takkan berhenti blogging dalam masa yang terdekat ni kerana Firdaus Life dah jadi sesuatu yang penting kepada aku.

p/s : Semangat berkobar... ok jom pergi kelas :)



Comments
5 Comments

5 ulasan:

c genk bah ne berkata...

oklatu trafik 200++ je..dari tak ada lngsung heheh


MENARIK HARI INI
1FREE DOODLE MUSLIMAH
2.KES MENANTU DI CABUL
3.AGAK-AGAK KORANG BOLEH KETAWA TAK BACA ENTRI INI?

ch000tz axoera berkata...

selamat pagi.......haiiissshh mana kotak nak jerit2 ni >.<

Ezad Skytech berkata...

biasa la tu freaky..sekarang ni da banyak saingan..senang2 je nak jatuh gedebuk ranking alexa tu...hee..aq pun turut alami nasib yang sama..haha~

diana berkata...

cam tu la..
semangat sikit...
buat auto piblish banyak2 la..
cukup untuk 3,4 hari ke...

EmpayarUtama berkata...

Manyak le tuh 200 tiap ari, huhuh aku nak dapat doploh pun susah :(

 
Related Posts with Thumbnails