Jumaat, 21 Oktober 2011

Pilih Bulu Punya Orang

Pukul 10 pagi tadi aku agak kalut masa nak pergi kelas dan habis jadi kalut sebab lupa nak print lab report. Printer takde, kawan-kawan semua sudah pergi kelas dan aku terpaksa melencong ke kooperasi untuk print lab report.

Semasa dalam perjalanan, Aku rasa macam ada benda yang tidak kena je. Beg duit ada, henfon ada, kasut pakai, rambut tak serabai, seluar... Alamak seluar aku lupa nak zip. HAHA. sepantas kilat aku tarik seluar sebelum lalu di depan awek-awek yang cun dan comel.

Bayangkan jika berjalan dengan muka tanpa rasa bersalah apabila zip seluar terbuka dengan luasnya. Nasib baik burung tak boleh terbang, kalau boleh terbang mesti dia dah keluar melalui zip seluar yang terbuka tu.


Lepas zip seluar, aku pun sampai di kooperasi untuk print lab report. Sebelum nak print tu aku ada tanya kepada abang yang jaga kooperasi tu :


Aku : Bang, komputer ni boleh pakai untuk print ?


Abang kooperasi : Pakai je la. Cucuk pendrive lepas tu print ( nada tinggi )


Aisehmen apa pasal abang ni bernada tinggi dengan aku ? Aku tanya dengan nada yang cukup lembut je tapi dibalas dengan nada tinggi. Takpe pedulikan abang kooperasi tu kerana aku dah lambat nak masuk kelas ni.

Semasa aku sedang print lab report tu, ada seorang awek masuk ke dalam kooperasi untuk membeli topup. Awek tu agak cun juga dan cutting badan pun sangat WOW. Boleh buat aku cair ni.




Awek : Bang, nak topup maxis rm10


Abang kooperasi : Rm 10 je ke ? rm 20 tak nak ? he he he


Cehh abang kooperasi ni dah sangat melampau. Dengan awek bukan main lembut lagi kau ye. Siap boleh bawak bergurau senda dan ketawa miang lagi. Dengan aku pulak kau bantai bagi nada yang cukup tinggi.


Dah siap aku print kesemua 12 helai lab report, aku pun pergi ke kaunter untuk bayar semua sekali. Aku tak pernah print kat kooperasi jadi aku tanya la berapa semua sekali ni.


Aku : Berapa bang ? semua 12 helai


Abang kooperasi : Semua Rm1.20 ... ( nada masih tinggi )


VAVI !! nada abang tu masih tinggi. Aku bukan tanya soalan biadap pun. Keluar je daripada kooperasi aku terus sumpah seranah. Sungguh Gampit + Rodent sikap yang ditunjukkan oleh abang kooperasi tu.

Dengan awek bukan main lembut dan cair lagi. Dengan aku macam nak cari gaduh je nak jawab soalan yang ditanya. Sumpah aku takkan print lagi kat kooperasi pada masa akan datang.

p/s : Susah ada kes pilih bulu macam ni. Dengan awek jadi gersang sebab tu boleh berlembut dan bergurau. Demn !!

Comments
16 Comments

16 ulasan:

ezzyra berkata...

vice versa...sama la kan...klo yg keje 2 pompuan,mcm ape je lyan pompuan...klo laki,huh...nympah aku.

Ini Kisah Tia berkata...

suruh pegi mati .. hahaaa .. kuajo tu ..

SoLy SoLicious berkata...

haiisshh..pilih bulu sgguh..

diana berkata...

lelaki apa macam tu..
lemah dengan pompuan..

adik2 yang pompuan jangn pilih lelaki lemah gitu untuk buat suami ye...
untuk kikis2 boleh la..
wakakakakk

azwa amani berkata...

huhuhuhu kesian...x pasal2 ek laki dapat layanan mcm tu..huhuu

cucu umie berkata...

hahaha...abg tu memg xsesuai jadi peniaga..blgak cool konon depn perempuan..haishhhhh

mas saari berkata...

kenapa nak pilih bulu camtu! layan jelah sama rata...

Shaherah berkata...

tu perempuan yg cantik.. lau tak cantik? masih same ke? ke kalau cantik jek die layan gtu..

MEMANG.. Memang pilih bulu..

zareliqa afiqa berkata...

Wah kesian lar kat lelaki2 cmtu.Law ngn pmpuan bkn main lagi.Cisss punya abg koop.
Sangat mementingkan bulu ker!huhu

aimie amalina berkata...

gagaggaga
gerammm kan?
cm tu gaklah kalo akak2 yg jage kedai
dgn laki ghenyihhhhh jek
dgn sesame pompuan.. smpai nk tekua bijik mate dok jegil
adoiiiiiiii
sakit jiwa den...

cik aisha berkata...

mmg pilih bulu tol...layak disound balik je...

FaKArePa!n berkata...

xde makna dia nk berlembut dgn ko.. hahah

azrijohan berkata...

sound direct je laaa..bagi dia sentap

raja hariz berkata...

ish3
siapa yg ajar guna perkataan gampit n rodent tu?
haha

iMBobo berkata...

sound je brother tu.. memilih bulu plak die..

Freaky berkata...

raja : hahaha siapa lagi kalau bukan ko

 
Related Posts with Thumbnails