Isnin, 24 Oktober 2011

Pasangan Korang Emotional Tahap Dewa

Semalam selepas dinner aku ada luangkan masa bersama Ernie Musliana bersembang kosong dibawah sinaran spot light yang sangat terang. Yer !! dibawah spot light, bukan di tempat yang gelap dan terpencil ok. Ahaks !

Semasa aku dan dia sedang rancang berbual dan bersembang ditambah dengan mengumpat, tiba-tiba datang 1 pasangan ni duduk di bahagian bangku belakang dalam kawasan yang sama tempat aku dan ernie duduk.

Dalam 10 minit lepas tu, aku pun ada la tengok kat 1 pasangan tadi dan aku dapati lelaki dan perempuan tu hanya tunduk dan berdiam je 2 orang tu seolah-olah tak bercakap apa pun dengan pasangan mereka. Aku pun dengan segera tanya kepada Ernie.


Aku : Cuba sayang tengok pasangan kat belakang ni, diorang tunduk je dan tak cakap apa pun.


Ernie : Diorang gaduh kot. Lagipun perempuan tu selalu je emo. Dekat Facebook semua status nak emo je lepas tu siap Tag nama bf dia lagi bila emo.

Aku : ooo emo sampai jadi macam tu. ish ish


Monolog dalaman :

Alamak kasihan lelaki tu dapat perempuan yang suka emo. Mesti seksa layan kerenah perempuan yang selalu emo ni.


Bila aku pulang ke rumah dan landingkan badan diatas katil, aku tiba-tiba terfikir mengenai pasangan yang terlampau emotional. Fuuuu mesti tension gila babas kalau dapat pasangan yang suka emo. Silap sikit terus emo, merajuk sikit terus emo, itu sikit emo, ini sikit emo. Aaarrgghhh silap hari bulan aku juga yang jadi emo nanti.



Honestly aku sebagai lelaki memang sangat tak suka pada pasangan yang emo. Tak tahu la jika ada lelaki di luar sana yang suka pada pasangan yang sentiasa emo tapi tidak bagi diri aku kerana ia boleh dikategorikan sebagai Stupid Relationship.

Kita menjalinkan hubungan dengan seseorang terutama sekali hubungan cinta adalah untuk berasa gembira dan bahagia serta disayangi. Walaupun kadang-kadang tu ada bergaduh  dalam sebulan sekali atau 2 kali but it still consider a sweet relationship rite ?

Tapi bagaimana pula jika sesebuah relationship tu, hampir setiap minggu ada pergaduhan, ada pertengkaran, ade tangisan, semuanya gara-gara berpunca daripada pasangan korang yang terlalu emotional. Ohh aku tak dapat bayangkan betapa masalahnya hubungan seperti itu.

Kenapa aku tembak perkara emotional ni atas kepala kaum perempuan ? Kerana memang majoriti perempuan cukup emotional dalam hubungan percintaan. Buktinya, tengok sahaja di Facebook. Hampir setiap hari ada je status yang cukup emotional dan mendayu-dayu dipublish oleh kaum perempuan.


Jadi kepada perempuan, lepas ni sudah-sudah la nak emotional sangat dengan pasangan korang. Kasihan betul aku tengok pada lelaki yang dapat kekasih yang sangat emotional sampaikan lelaki itu pun menjadi stress dan tension dengan pasangan dia.

Kalau ye pun nak emotional, cukup la sebulan sekali emo sewaktu period datang. Bila dah habis period tu, jangan emotional lagi. Kasihan kat pasangan korang tau. Yang naya pun adalah pasangan korang juga sewaktu korang emotional tu.


p/s : Gf aku tak merajuk dan tak emotional, terus marah kaw-kaw. Wahaha sangat garang tapi I Loikeeeee :D

Comments
5 Comments

5 ulasan:

aimie amalina berkata...

hehehehe
nasibl laki yg dpt awek emo ni
bukn laki je x suke
pompuan sendiri x suke
hehehe

diana berkata...

rugi kawen dengan pompuan gitu..
sebab rumahtangga akan suram saja..
nak gurau lebih2 kang emo pulak..
cari la pasangan yang sentiasa ceria dan tak emo2..
hehehhe

SoLy SoLicious berkata...

better dpt mrah kaw2 teruih drpd suke pendam2 ni..

Acik berkata...

pompuan dilahirkan berbeza drp lelaki ... pandai2 ler pujuk kalau sidia merajuk sb punca rajuk dia tu tentu ler kamu gak, kan! :)

Freaky berkata...

tapi kalau asyik nak merajuk je kejenya memang sangat tensi :D

 
Related Posts with Thumbnails