Selasa, 11 Oktober 2011

Memori Cinta 2

Kali ni cerita lain pula kerana perempuan pun lain. Bukan sambungan yang tadi.

Aku berkenalan dengan perempuan ni melalui Yahoo Messenger dan masa tu aku di Tingkatan 3 dan bakal hadapi pmr pada tahun 2005. Aku berhubungan dengan dia pun hanya melalui YM saja dan kebanyakan topik yang kami bualkan banyak berkaitan pelajaran kerana dia seorang yang sangat educated.

Ketika itu YM sangat terkenal dan aku memang setiap hari akan chat dengan dia. Biasanya aku akan chat dengan dia pada waktu malam dan macam biasa masa aku chat dengan dia, dia sedang buat homework. Demn !! gila rajin perempuan ni.

Aku dan dia memang gila YM sampaikan esok nak pmr pun masih sempat layan YM dan bincang pasal soalan spot yang akan keluar dalam exam nanti. LOL terima kasih kepada dia kerana banyak juga membantu aku dalam exam PMR.


Bila masuk tingkatan 4 dan aku masuk sekolah asrama, aku lost contact seketika dengan dia, kalau tak silap ada dalam 3 bulan aku tak chat dengan dia. Masa tu social network paling terkenal adalah Friendster dan suatu hari aku nampak nama dia add aku sebagai friend.

Lepas je aku approve dia kat friendster, aku dan dia kembali contact melalui Friendster tapi takde la setiap hari aku online kerana duk di sekolah asrama mana boleh tiap hari online. Nanti cikgu kat sana marah pula. Pada ketika ini juga berlaku situasi seperti yang ditulis dalam Memori Cinta 1

Sepanjang aku berada di sekolah asrama tu, memang aku sangat jarang contact dengan dia dan aku juga begitu susah untuk online. Jadi skip situasi lepas spm, aku kembali dapat contact dengan dia melalui YM.

Masa tu dah lepas spm, jadi dia pun dah takde sembang pasal pelajaran lagi. Masa tu perbualan dalam chatting YM banyak kepada sesuatu yang umum seperti aktiviti dan berkenalan dengan lebih rapat lagi. Aku pun layan je la memandangkan aku sendiri pun dah lama chat dengan dia.


Nak dijadikan cerita, suatu malam tu dia ajak aku jumpa kerana kami dah 3 tahun chatting di YM tapi tak pernah jumpa secara berdepan. LOL sangat bengong kan ? Tapi aku tolak pelawaan dia nak berjumpa kerana untuk pergi ke rumah dia dah makan masa 2 jam setengah.

Masa tu aku lepas spm, mana ada kenderaan kereta / motor untuk pergi jumpa dengan dia. Lagipun aku memang jenis tak berapa suka naik bas masa tu. Nak tak nak memang aku terpaksa tolak pelawaan dia untuk berjumpa.

Lepas aku cakap tak dapat nak jumpa dia, aku dan dia sambung chat dalam YM sampai lewat malam. Masa dah lewat malam tu, dia ada cakap melalui chat bahawa dia dah start mula suka pada aku.

Aisehmen dia dah start suka aku. Masa tu aku tak dapat nak terima dia juga sebab aku masih lagi berhubungan dan sms dengan Memori Cinta 1 . Lagipun aku hanya anggap dia sebagai kawan je selama ni dan tak pernah aku simpan perasaan yang lebih untuk dia.

Bila aku cakap yang aku hanya anggap dia sebagai kawan biasa je, chat dia pun dah jadi cold semacam je dan tak lama lepas tu dia cakap nak out dulu dan tidur sebab mengantuk. hu hu hu

Start malam tu aku dah jarang dapat chat dengan dia. Dia pun jarang nak online. Mungkin dia online tapi buat invisible dengan aku. Lepas tu aku dah tak chat dengan dia lagi dan terus lost contact macam tu je.

p/s : Ni pun memori cinta ke ? ntah la =_=
Comments
11 Comments

11 ulasan:

NA berkata...

Ehem bercinta sejak sekolah lagi rupanya Freaky ni.

Terima kasih kongsi cerita.

-wina1979-

kiz berkata...

memori sekuntum rindu

SoLy SoLicious berkata...

olooo..cian pmpuan tuh..heeee

My Name is Mar berkata...

Waklu cinta cekelat gni..
Hahahaha:D

Ezad Skytech berkata...

haha....macam2 hal la ko ni...hee~

emy|farid berkata...

macam cecita aku gak ni. hehe

diana berkata...

jual mahal la kamu...
pasang 2, 3 pun tak salah pe..;p

Esempoi berkata...

cite yang sempoi
jiwang

sergeant keroro berkata...

haha, padan muka. XD

Ini Kisah Tia berkata...

hahaa .. adakahhh ..

[sutera kasih] berkata...

sy dr tgkatn 1 smpai 6..xpenah nk 09 sbb ddk asrama..lps hbs f6, bru dpt chatting hehe

perempuan tu menjaga hati masing2, sbb tu elakkan diri..ok la tu hehe

 
Related Posts with Thumbnails