Selasa, 11 Oktober 2011

Memori Cinta 1

Post ini penuh dengan perasaan syok sendiri.

Seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ni, aku akan menceritakan memori percintaan aku yang pertama. Ini bukanlah cerita jiwang atau cerita cinta, sekadar menulis berpandukan memori yang masih segar dalam ingatan.

Waktu itu kalau tak silap aku di tingkatan 4 dan kali pertama aku nampak dia adalah ketika aku baru sahaja keluar daripada surau sekolah. Semasa menuju ke dewan makan selepas menunaikan solat Zohor, aku ternampak dia sedang bercakap dengan ayahnya di sebelah kantin sekolah.

Wajah dia sungguh cantik, keputihan dan nampak sangat bersih. Senyuman dia sahaja sudah dapat buatkan mata aku terus melekat tanpa menoleh ke arah lain. Lama aku perhatikan dia semasa berjalan. Kemudian aku hanya terus berlalu menuju ke dewan makan tapi dalam hati, aku sangat nekad untuk kenal dengan lebih rapat perempuan tu.


Beberapa hari kemudian aku tak jumpa dengan perempuan tu. Hairan juga sekolah ni takde la besar sangat dan jumlah pelajar tak sampai 800 pelajar tapi masih tak jumpa. Aku jenis malas nak skodeng dan stalker masa zaman sekolah dulu tapi dalam hati tetap nak tengok lagi perempuan tu.

Pada suatu hari masa aku duk melepak di pintu belakang kelas sambil menunggu kedatangan cikgu, aku nampak 2 pelajar perempuan melalui koridor kelas. Aku yang masa tu ada kat pintu belakang hanya melihat 2 orang pelajar tu. Tiba-tiba aku perasan yang salah seorang perempuan tu adalah perempuan yang dah lama aku nak tengok sejak kali pertama nampak hari tu.

Bila dah nampak dia, aku hanya memerhati dan memberi perhatian penuh ke arah mana dia sedang tuju. Aku nampak dia menaiki tangga menuju ke blok atas dan selepas tu dia memasuki ke dalam kelas. Sekarang baru aku tahu yang dia tu adalah pelajar tingkatan 3. keh keh baru aku tahu.


Selepas tamat sesi sekolah hari tu, aku terus balik ke asrama dengan pantas dan bertanya kepada junior aku tingkatan 3 mengenai perempuan tu. Junior aku ceritakan semua yang dia tahu pasal perempuan tu dan aku dapat tahu nama, asal, dan perangai perempuan tu. Well dia memang sangat baik berdasarkan apa yang aku dengar daripada junior :)

Halamak panjang pula cerita aku, jadi aku skip kepada babak pengenalan. Masa tu cuti hari raya aidilfitri semakin menghampiri dan aku bercadang  untuk memulakan sesi berkenalan dengan perempuan itu melalui kad raya yang aku kirim. Aku suruh seorang junior tingkatan 3 untuk bagi kad raya kepada perempuan tu.

Dalam kad raya tu aku tulis la ucapan selamat hari raya lepas tu ada la tulis sikit bahawa nak berkenalan dengan dia. Dalam kad raya tu juga aku ada selitkan duit raya untuk bagi kepada perempuan tu. ha ha aku tahu aku sangat LOL sebab belum kenal lagi sudah bagi duit raya.

Jadi selepas habis cuti hari raya, aku dapat respon bahawa dia pulangkan kembali duit raya yang aku selitkan dalam kad raya tersebut. Masa tu aku agak kecewa juga la apabila tidak diambil duit raya tapi itu menunjukkan she is a good girl rite ? really good sebab itu aku tertarik.


Tapi part yang menariknya adalah dia bagi respon untuk berkawan dengan aku. Yahuu syok gila babas wei apabila dia sudi kawan dengan aku. Masa tu aku dan dia hanya gunakan orang tengah budak lelaki kelas dia untuk berhubung. Masa tu takde henfon lagi dan kami hanya berhubung melalui surat je.

Aku bagi dia surat dan dia pun balas surat. he he he tapi aku selalu je bagi dia coklat kerana coklat ni dapat express the sweet feeling orang yang bagi. Setiap kali aku bagi coklat, pasti dia balas melalui surat dan ucapkan terima kasih :)

Hubungan aku dan dia berterusan kawan daripada aku tingkata 4 sehingga la aku nak habis spm. Masa hari terakhir persekolahan ( aku spm ) aku ada minta untuk bergambar dengan dia sebagai kenangan tapi dia refuse. Jadi aku minta kawan sekelas ( perempuan ) untuk ambil gambar dia dan mujur la dia kasi.

Masa tu dapat la juga aku ambil 3 gambar dia sebagai kenangan. Lepas habis spm pun aku masih contact dengan dia melalui fone. Ehh lupa nak cakap masa last day hari tu aku ada minta no telefon dia dan dia ada bagi tapi tak boleh sms selalu kerana bimbang parents dia dapat tahu.


Aku berterusan sms dengan dia sehingga la aku masuk matrik Melaka. Masa awal semester di Matrik, dia ada bagi satu sms pada waktu malam :

Kalau kita ada jodoh, InsyaAllah kita akan bertemu kembali .

Itu sms terakhir yang aku dapat dan lepas tu aku bagi sms kat dia tak pernah balas. Agak frust menonggeng juga aku masa tu tapi lama-lama aku boleh terima. Lagipun aku dan dia hanya status kawan je tapi aku dah lama suka dia sejak tingkatan 4 lagi dan hubungan tu berterusan sampai la aku masuk Matrik.

Itu lah memori cinta aku yang pertama. he he zaman sekolah lagi nak bercinta dah. Sungguh mengarut dan rosak kepala otak masa tu tapi nak buat macam mana jika hati dah kata suka.

p/s : Ni Memori Cinta ke ? Not sure tapi aku ada simpan perasaan kat dia. Nantikan memori cinta 2 pula :)

Comments
14 Comments

14 ulasan:

Ini Kisah Tia berkata...

aiseeh .. sampai sekarang masih ada feel tak?

Freaky berkata...

xde dah tia :D

TiTi berkata...

takpe kenangan itu indah kan, cinta zaman sekolah mmg klakar, sbb masing2 masih naif :D

Cik Kasih berkata...

sape nme die?huhu

Ujie berkata...

best jugak baca memori cinta awak nih..
betullah..kalau ada jodoh pasti jumpa lg!

Qaseh Qhaleef berkata...

haha .. bestbest .. cinta monyet .. hehe

c genk bah ne berkata...

bah..bah..sambung part 2.. huhuh


Jom baca entri genk

BILA BLOGGER “BARU” TEGUR BLOGGER “LAMA” #PERGH!!BERANI ENGKAU

BUKAN TAK BANGGA,TAPI TAKUT ORANG TAK FAHAM

KENALI GENK DENGAN LEBIH RAPAT,JOM BACA BIODATA

Farhan Hanif berkata...

ni lah cinta zmn sekolah...menerusi realiti...tak mcm zmn skrg menerusi alam maya...hahahaha

Ezad Skytech berkata...

boleh buat skrip drama ni freaky..hee~
aq pun ada jugak..segan je nak cerita...haha~

AnAk dEneSor berkata...

woho.cayalah bro.cepat ke part 2 pulak

Dila Donghae berkata...

haha.. sweet doe.. tp beselah.. cinta zaman skola kan.. bkn sumer bole menjadik.. haha

emy|farid berkata...

frust ek. hehehe

sergeant keroro berkata...

jaga bini sekarang bro :P

[sutera kasih] berkata...

alamak, sweet la kisah memori yg ni freaky..hehe

xpa, kalau ada jodoh tak ke mana, bak kata keroro, jaga bini sekarang hehe

 
Related Posts with Thumbnails