Isnin, 31 Oktober 2011

Memey Tinggalkan Norman Hakim ?

Haih kalau tak silap aku baru je bulan ni diorang kahwin dengan pakaian yang agak mahal seperti yang diheboh akhbar hari tu tapi sekarang dah jadi kes aku tinggal kau, kau tinggal aku ke ? Kalau macam ni la namanya kahwin baik tak payah kahwin lagi senang.

He he he rileks. Cool. Jangan gelabah cepat macam aku. Aku mula-mula baca tajuk tadi pun mati-mati ingat memey ni dah bercerai dengan Norman Hakim. Mari baca cerita sebenar kat bawah ni :


SELEPAS mendirikan mahligai kasih bersama pelakon Norman Hakim sejak lebih sebulan lalu, Memey Suhaiza kini sedang melalui hari-hari penuh bahagia.
 
Justeru dia yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama Nilapura untuk slot Aksi TV3 di Batu Gajah, Perak sanggup berulang-alik ke Kuala Lumpur demi suami tercinta.

"Tanggungjawab sebagai isteri mesti didahulukan biarpun sibuk dengan kerja. Abang (Norman) tidak kisah, tetapi saya merasakan yang tanggungjawab itu penting," katanya kepada Sensasi Bintang baru-baru ini.

Dalam drama yang bersiaran pada pukul 9 malam itu, Memey diberi peranan menggalas watak sebagai Dayang Ningsih.

Selesai sahaja penggambaran drama Nilapura, Memey bakal berlepas ke Semporna, Sabah untuk penggambaran drama berjudul Layar Impian bagi siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Khabarnya Memey akan digandingkan bersama pelakon Adi Putra dalam drama yang bertemakan kehidupan masyarakat di perkampungan nelayan itu.

"Jika penggambaran di Perak, saya masih boleh berulang-alik untuk menjaga suami, tetapi kali ini saya terpaksa meninggalkan abang sepanjang 22 hari penggambaran.

"Kami sudah berbincang dan dia faham. Insya-Allah abang Norman akan turun ke Sabah untuk melawat saya," katanya yang bakal berlepas pada awal bulan November ini.

Kosmo <<<

Laaa tinggal atas urusan kerja rupanya. Aku ingatkan tadi maksud tinggal = cerai. Kalau la cerai selepas sebulan kahwin memang hangat gila la kontroversi 1 Malaysia nanti. Apa pun tajuk tadi sudah buat aku saiko :P

Comments
18 Comments

18 ulasan:

Eera Shera berkata...

tertipu jugak ;)

syarifahsidrus berkata...

tajuk memang psiko..ohoh

suha berkata...

terus bace buku psiko pas bace entry neh (^_^)

zareliqa afiqa berkata...

hadoii! tertipu neh. Baca tajuk mcm cite hot.ehehe :D

Ahmad Haziq Azlan berkata...

tajuk hampeh

azrijohan berkata...

fuhhhh,cam haremmm

diana berkata...

baru2 kawen memang la nak melawat bila jauh..dah lama2 nanti bini pi kerja somi tepuk tangan..
heheheh...

(komen jahat)

HAFIZAL berkata...

oh...tinggal sekejap jerk...

Bui Junaidi berkata...

uissshhh..tak kose aiii
hahaha..meluat..

shah Blogger berkata...

Ko pon saiko gak hehe. xpe la semoga dorg bahagia amin. benda baru lg. lautan api pon di renangi hehehe

Wanz Mejuez berkata...

adehhh aku tipah tertipuuuuuu... ingatkan betul ler tadiii.. huhuhuuuu

Zul Fattah berkata...

mak aii.. ingat kan betul.. adoi.. kena lg

SoLy SoLicious berkata...

suspen..

hira berkata...

sabar je la~ hahaha

Lea Isnawi berkata...

wartawan memang suka bg suspens

Mohd Azrul Aziim berkata...

Leman tertipu. Huhu

Addin berkata...

biasala tu dah tugas pelakon .

Bro ahmad berkata...

lol hahhhh serius cuak

 
Related Posts with Thumbnails