Sabtu, 15 Oktober 2011

Kepanasan Melampau Perlis

Biasanya plan cuti hujung minggu aku dipenuhi dengan slot tidur dari pagi sampai la ke petang. Bila dah petang baru la keluar ambil angin dan jogging sikit sekitar sawah padi. Tapi yang uniknya hari ni aku tak dapat tidur dengan aman.

Waktu pagi masih dapat tidur dengan aman lagi tapi bila dah masuk tengah hari, aku terjaga daripada tidur dan habis baju aku basah akibat badan berpeluh semasa tidur ( badan sihat ). Aisehmen biasanya tengah hari mana ada aku peluh sampai macam ni masa tidur.

Takpe, mata masih mengantuk dan berat nak buka. Aku buka baju dan tidur tanpa baju sebab panas sangat. 2 jam kemudian aku terjaga lagi sekali dan aku dapati badan aku yang tak berbaju pun dah berpeluh banyak ni.

Aarrgghhh cukup tension apabila tidur sambil berpeluh dan rasa bahang panas. Aku pun dah malas sangat nak tidur dengan keadaan panas dan terus ambil towel untuk mandi dan solat zohor.

Selesai zohor, perut pulak menyanyikan lagu berirama sadis menandakan tengah lapar. Apa lagi, terus bersiap dan menuju ke kafe yang berhampiran. Tapi yang takleh blah adalah baru je selangkah keluar rumah dah rasa bahang panas yang cukup membara. Peergghhh panas habaq hang.

2 minit jalan kaki, aku dah sampai kat kafe. Muka dan badan aku dah berpeluh banyak sebab panas sangat. Selesai bayar makanan dan minuman, aku jalan kaki dengan cepat nak sampai ke rumah kerana dah tak tahan dengan cuaca panas ni. Sampai kat rumah pun muka dan badan berpeluh habis.

Ffuuuuu panasnya hari ni. Tak boleh duduk dalam bilik nanti berpeluh dengan cepat. Duk bawah kipas dan pasang no 5 pun tetap rasa bahang yang menyapa tubuh badan..

p/s : Baru panas dunia. Panas akhirat lagi dasyat Firdaus :)

Comments
5 Comments

5 ulasan:

kizmyself berkata...

kat sini mendung.. panas melampau..lepas tu mendung ..panas balik..hujan tak turun gak..

mas saari berkata...

kat tempat akak ni panas hujan, sekejap panas terik dan sekejap hujan! tapi takpelah, rahmat semua tu..

Acik berkata...

alamak, tadi komen pakai fb ... x perasan button komen yg ini! :)

Ezad Skytech berkata...

tempat aq hujan je woo..best gila..hee~

Ahmad Haziq Azlan berkata...

luar biasa ni.....sepatutnya hujung tahun macam sekarang ni perlis asyik ditimpa hujan macam tahun lepas.

sekarang ni johor plak yg asyik hujan

 
Related Posts with Thumbnails