Rabu, 19 Oktober 2011

Jika Masa Boleh Diputar Kembali

Semalam aku main game snooker kat laptop tapi kalah dengan komputer. Bila kalah aku jadi frust menonggeng macam kalah tackle awek pulak. HAHA. Bila kepala otak dah stress, aku akan layan movie bagi nak hilangkan perasaan stress yang penuh tension ni.


Untuk hilangkan stress semalam, aku layan cerita SOURCE CODE. Cerita ni takde la best sangat pun kerana aku tak nampak sebarang Program Code dalam cerita ni dan terlalu banyak hollywood fantasy sampaikan aku tengok pun dah rasa bosan sangat.

Bukan macam cerita The Matrik. Walaupun The Matrik itu merupakan salah satu cerita sains fantasi hollywood tapi masih best untuk dilayan kerana plotnya sangat menarik. Bila aku tengok cerita Source Code, aku jadi terfikir pula mengenai masa walaupun main point and plot cerita ni kurang menyentuh kepada masa.

Apa yang ada pada masa ? For sure untuk zaman sekarang, masa hanya dan hanya sentiasa bergerak ke hadapan tanpa berkurang atau berpusing ke belakang. Setakat ni masih tiada alat atau mesin yang boleh putar kembali masa walaupun pada 1 saat yang lalu. Jadi persoalan yang sentiasa bermain dalam benak kepala otak aku adalah, apa akan jadi JIKA masa boleh dihentikan atau diputar kembali.

Yeah we stop the time for a moment. Mungkin akan kelihatan seperti movie yang kita tonton itu di PAUSE. Semua akan berada dalam keadaan kaku. Tapi betul ke kita akan berada dalam keadaan kaku jika benar masa itu dapat dihentikan. Well tiada siapa yang tahu akan hal ini. Even saintis sendiri pun hanya mampu mengeluarkan teori yang mana mungkin juga teori tersebut 100% salah.


Mukadimah pun dah cukup panjang nampaknya jadi aku akan terus straight to the point. Sebelum ni ada orang pernah tanya aku dengan bermacam soalan antaranya :

Firdaus, kalau ko dapat kembali ke masa lampau, masa lampau yang mana akan kau pilih ?

What a good question we have in here. Kalau diberi peluang untuk kembali ke masa lampau, aku akan kembali ke tahun 2007 iaitu zaman aku menduduki SPM. Aku nak kembali ke zaman tersebut dan belajar rajin-rajin untuk skor dalam peperiksaan SPM.

Why SPM ?

Tak sure nak jawab macam mana tapi tahun ambil SPM itu sangat banyak memori indah yang berlaku. Aku pun berharap ianya akan berulang kembali agar dapat menikmati sekali lagi keindahan tersebut.

Walau macam mana sekalipun, zaman tersebut telah berlalu dan aku perlu teruskan juga dengan kehidupan sekarang. Orang selalu cakap Life Must Go On No Matter What Happen dan sekarang memang aku meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan kembalinya masa yang lampau.


Time,
Give me a minute, I'm Good
Give me an Hour, I'm the Best
Give me More, I'm Unbeatable

Dialog yang menarik diatas untuk menunjukkan bahawa pentingnya menghargai masa. Jadi lepas ni jangan ada lagi yang duk mengelamun dan berkhayal bersama KOKAIN untuk fikir jika masa boleh diputar kembali. Teruskan saja dengan hidup sekarang dan biarkan yang lepas menjadi kenang.

Fullstop.

Comments
5 Comments

5 ulasan:

Liyana Zahim berkata...

Masa lampau sy masa yang melampau jd sy tidak mahu balik semule krana ia adlh melampau.. Eh..

mas saari berkata...

kalau kita boleh balik ke masa lampau, semua orang nak ubah apa yang telah terjadi kan?

FaKArePa!n berkata...

aku tak tau aku nk kembali ke thun brapa.. huhu

diana berkata...

undur ke masa silam???
akak tak nak...
tak seronok masa silam akak..
dari kecik sampai la dah besar...
hari kenduri kawen pun tak seronok sebab
semua benda kena ikut cakap orang.
tak boleh nak buat cara sendiri...
paling seronok masa ini la..
masa dah ada suami dan anaak..
suke..suka..suka...!!hehehhe

aimie amalina berkata...

ohhhh
masa
kalau bole ubah
nak jadi best student ms SPM
huhuhu

 
Related Posts with Thumbnails