Sabtu, 29 Oktober 2011

Hipokrit dan Plastik Dalam Berkawan

Masuk ni dah hampir 2 hari aku tak update blog. Semua ni gara-gara aku layan " Running Man " ( Rancangan Variety Korea ) . Siapa yang tengok Running Man pasti boleh jadi ketagih gila-gila punya kerana rancangan ini sangat best dan lawak sampai buatkan aku mengilai macam orang gila.



Ok kembali kepada tajuk diatas : Hipokrit dan Plastik Dalam Berkawan .

Korang yakin ke kawan-kawan yang bersama dengan korang selama ini sangat baik hati seperti mana yang korang sangkakan ? Kalau setakat mengumpat sikit-sikit tu mungkin boleh diterima lagi tapi kalau dibelakang kita, kawan tu macam harem dan di depan kita bermuka manis sudah tentu la mereka itu termasuk dalam golongan hipokrit.

Baru-baru ni aku ada terjumpa beberapa closed group kat facebook yang mana ahli group tersebut terdiri daripada kaum perempuan. Memandangkan group tersebut adalah kategori Closed dan Private, maka aku guna cara jahat untuk akses group tersebut dan lihat topik yang mereka bincangkan.

Mulanya aku sangkakan itu adalah group Lesbian kerana semua ahli adalah perempuan tapi ternyata aku silap. Sebenarnya itu adalah group untuk mengumpat kawan-kawan perempuan lain yang sama kelas dengan mereka. Wahh ini sangat hipokrit dan memang cukup melampau.


Antara topik yang dibincangkan dalam group tersebut adalah mengenai :

- Aku menyampah dengan Minah A
- Perempuan N ada skandal dengan lelaki B
- Benci gila tengok perempuan D tu tergedik

Maaf aku nak cakap bahawa yang banyak hipokrit dan plastik apabila berkawan adalah terdiri daripada kaum perempuan dan golongan manusia hipokrit + plastik ini boleh jadi kawan-kawan 1 kelas atau 1 tempat kerja dengan korang.

Berdasarkan apa yang aku baca daripada komen dan topik perbualan group hipokrit ini, aku dapat agak bahawa mereka sebenarnya berasa sangat dengki dan tidak puas hati dengan kawan-kawan 1 kelas dengan mereka. Sebab itu la golongan hipokrit dan plastik ini sanggup buat 1 group khas untuk mereka mengumpat.


Alahai kasihan betul kat perempuan yang hipokrit dan plastik ni. Kawan 1 kelas sendiri pun sanggup nak kata dan tikam belakang. Baik tak payah kawan lagi senang dan tak perlu nak jadi plastik sangat. Jangan duk plastik sangat la, nanti kawan-kawan sendiri jadi plastik dengan korang baru tahu.

Itu baru melalui group Facebook. Kalau ikut Skype dan YM, tak larat aku nak bilang berapa jumlah sebenar perempuan yang hipokrit dan plastik ni. Itu baru 1 Universiti, kalau semua IPTA ada group hipokrit dan plastik macam ni tentu sangat Looser golongan ini.


Plastic and Hypocrite. They suck so bad in real life

Full of jealousy and unsatisfied feeling

That's why they are creating a group for LOOSER people

So that they won't feel lonely in their bad life.

Fullstop.


p/s : Memang aku buat post ni ditujukan kepada perempuan plastik dan hipokrit :)

Comments
21 Comments

21 ulasan:

Asyikin berkata...

saya ada, kawan baik sendiri, dengan saya pun dia boleh kutuk kawan baik dia dalam kelas, tak mustahilkan dekat kawan baik dalam kelas tu di kutuk saya kan ^_^

diana berkata...

akak pun penggemar running man..
paling suka kat kwang soo..
sebab dia gelabah,,
hehehh...

hampeh..
kawan sekelas pun boleh jadi bahan umpat..kan baik buat group untuk bincang2 soalan exam..

ADEEYA berkata...

Huhuhu biasa lah tuu :/ hmmm running man lawak gle. :D

mas saari berkata...

akak pun ada kawan yang camni... depan akak manis mulut sungguh, tapi kat belakang kutuk akak kaw2 punya!

Alisya berkata...

memang pecah perut bila tengok running man...hihi..

kawan macam plastik. minta dijauhkan daripada golongan macam tu...

aimie amalina berkata...

hooooo
siapakah yg sanggup buat grup cm ni
mang dasat ah
cm owg x ngumpat deme pulak kan
aiyoooo...

cik najihah berkata...

tau xpe..tv show ni dengan family otuing season 1..memang klako gile2..

Umie Artoqiemie berkata...

kawan ngap kawan TAK OHSEM.

Zul Fattah berkata...

mak ai.. group cam ni pun ada ka? gilo palo.. wat boleh dosa jah.. menggong ke ape?

Syukri Mohtar berkata...

nmpk situ keburukan group fb..susah ade kawan yg betul2 baik.. =]

Running Man mmg best..

BEBEL berkata...

sedang kenela nie.huh!

Siti_Cnt berkata...

xtahu pulak firdaus layan korea . tapi xdinafikan running man memnag double best lah !

Ezad Skytech berkata...

erkk...ada group khas lagi tu...dok mengumpat2...perghhh..tak takut dosa ke...? adoi...masalah3~

♛RaRa♛ berkata...

memang betoii cakap awakk.=.=..mmng ada orng tubuhkan group giniee...kemain gossip sakan.kutuk antara member sndiri.kat depan pnya baik kat blkg weeee==

asnizaziz berkata...

kasihan pmpuan yg mcm tu.

BlueiceButterfly berkata...

~tak pernah jumpa lagi group cam tue..:(

ann berkata...

perempuan memang kebanyakannya macamtu.
entahlah mana silapnya.
=.=

shah Blogger berkata...

Plg x best golongan tu. ada lg yg x best mcm talam dua muka. Hipokrit. Busk hati.. huhuhu x besh x besh x besh

SoLy SoLicious berkata...

ade grup mcm tu? nk msuk2..heee

anamizu berkata...

ade gak group cmtu..
aku ade sorang KAWAN
ni jns plastik gila..
dpn kami(kwn sekerja)
kemain la baik..rupe2nye
blkg2,die suke adu domba
kat boss..psl bnde yg kami
x buat pun die cite konon2
kami buat.cissss~~





luv,
cik ana

nelly berkata...

sedang melaluinya .. sakitnya hati ni Allah je yang tau ~

 
Related Posts with Thumbnails