Ahad, 9 Oktober 2011

He he He Segmen Dah Tiada

Tak tahu sama ada aku je yang perasan atau memang ramai yang dah perasan bahawa segmen atau contest dalam blog dah macam tak ada langsung sekarang. Atau memang ada cuma aku je tak tahu apa-apa ?

Demn !! aku sangat ketinggalan dan tak tahu apa-apa pasal isu semasa dalam dunia blog ni.

Cakap pasal segmen, Ben Ashaari pun macam dah lama tak buat segmen kan ? Eh ke ada je dia buat segmen tapi aku je yang tak tahu ni ? Alamakk aku memang dah sangat lost dan ketinggalan dalam blog ni. Aku sekarang hanya tahu nak update cerita aku je sampai tak ambil kisah dah benda lain.

Segmen sebenarnya sangat menarik kerana dapat berkenalan dengan ramai blogger lain dan juga dapat up trafik melampau-lampau. Lepas je join segmen, terus blogwalking dan tambah follower serta tambah trafik :P ..

Bagi yang duk ternganga lepas join segmen tu memang la tak dapat apa-apa langsung. Ingat follower dan pengunjung tu nak datang berdebuk jatuh macam buah durian jatuh ke tanah tu ke ? Ianya tak semudah yang disangka tapi ia menjadi mudah apabila join segmen dan berinteraksi dengan segmen.

Aku pula dah ubah style dan malas dah buat segmen. Cuba cara giveaway pula tapi tak sangka give away pun sangat sibuk berbanding segmen. Kalau segmen yang sibuknya adalah menyenaraikan blog yang join. Takde la susah sangat setakat copy dan paste walau banyak mana pun.

Tapi give away lagi penat. Penin nak cari hadiah yang sesuai, kena notiskan kepada pemenang, kena pos hadiah, kena beli setem dan poskan hadiah. Haa memang banyak kerja buat give away ni dan sangat memenatkan.

Dulu aku buat seminggu sekali tapi tak larat dan jadikan sebulan sekali. Bukan tak larat kewangan tapi tak larat kudrat. Kalau setiap minggu kena beli hadiah dan kena pergi pos memang masak la aku. Dah la nak beli hadiah tu jadi penin sebab banyak sangat nampak hadiah kat kedai.

Silap hari bulan mahu aku pengsan kat kedai hadiah tu. Tapi yang syoknya kedai hadiah kat Kangar tu ramai awek cun yang kerja. hi hi hi aku selalu pergi kedai tu sampai pekerja kat situ terus je senyum bila nampak aku masuk kedai mereka.

Sebenarnya nak beli hadiah tu sekejap je tapi saja lama sikit sebab nak usha pekerja kat kedai tu yang cun. Wuahahaha kalau Gf aku baca yang ni memang nahas la aku jawabnya. Memang tak dapat la nak lawat kedai hadiah tu lagi.

p/s : Ehh hadiah yang top 10 referral hari tu tak pos lagi.. Alamat semua dah terima. akan di pos secepat mungkin :)



Comments
5 Comments

5 ulasan:

Ezad Skytech berkata...

tu la freaky..segmen macam da kurang je kat dunia blog ni..kalau dulu..hari2 mesti ada segmen yang blogger buat..

huuhhh..penat jugak nak handle giveaway ni kan...seminggu sekali nak buat mmg pengsan la kan..haha~

Farhan Hanif berkata...

patutla aku cek senarai nama aku kat pejabat xde lagi hadiah tu...tak post lagi rupanya...hahaha...xpe2...rileks jgn paksa diri...=D

azrijohan berkata...

Ben Ashaari dah tak buat sebab ramai kondem dia..tapi kadang2 dia buat jgk cuma kecil-kecilan...hehe

ezzyra berkata...

letih kot nk buat2 segmen ke giveaway ni...bab nk pos 2 yg x syok...
aku tau kdai ape yg ko mksudkan 2...haha

FaKArePa!n berkata...

aku pon berzaman dh x join segmen ni..

 
Related Posts with Thumbnails