Sabtu, 8 Oktober 2011

Dah Tua Bersara Je La

Aku pernah berbual bersama mak mengenai isu persaraan semasa cuti 4 bulan yang lepas dan kat bawah ni ada beberapa luahan hasil berbincang dengan mak.

status : Intelligence activated

Aku : Mak suka bersara awal ke lewat ?

Mak : Kalau boleh nak bersara lewat sikit. Itupun kalau masih larat dan sihat

Aku : Kalau bersara awal pulak jadi macam mana ?

Mak : Bila bersara tu kita akan jadi sedih. Kita akan sedar bahawa khidmat kita sudah tidak diperlukan lagi dan kita akan tahu bahawa kita sudah sangat tua.

Aku : ooo tapi kalau bersara lewat. Kesian la kat budak-budak U baru grad yang susah nak cari kerja sekarang ni.

Mak : tu la masalahnya. Pekerja sekarang ni kalau boleh nak extend bersara dan teruskan bekerja. Kadang-kadang yang selalu sakit dan tak hadir kerja pun degil tak nak bersara


Hasil daripada perbualan dengan mak, aku paham serba sedikit kenapa ramai pekerja yang minta umur bersara dipanjangkan. Aku pernah jadi hairan sewaktu isu umur bersara dipanjangkan lagi suatu ketika dulu.

Kalau umur bersara dipanjangkan lagi, memang ramai la budak-budak U yang akan menganggur. Bukan setakat budak U je yang akan menganggur, silap hari bulan orang yang sudah ada kepakaran dalam kerja pun boleh jadi penganggur juga.

Status : Sarcasm Activated

Alaaaa yang dah tua tu bukan semuanya menunjukkan mutu kerja yang baik ( sarcasm LOL ) . Kasi la peluang pada budak-budak yang masih fresh untuk menimba ilmu di alam pekerjaan pula. Kasihan pada kami dewasa yang masih fresh tapi gagal mendapatkan pekerjaan.

Kenapa tiba-tiba aku bincang pasal isu bersara ?

Sebab aku masih lagi pelajar U dan dalam masa beberapa tahun lagi akan memasuki alam pekerjaan. Sudah tentu la agak risau dengan isu ni. Lagipun kalau boleh aku nak masuk sektor kerjaan je. Hujung minggu boleh cuti dan bersantai sambil rehat.

p/s : Tapi tu la sektor kerajaan susah nak masuk sekarang. hurmm =_=

Comments
16 Comments

16 ulasan:

SoLy SoLicious berkata...

kecian kami2 yg kbulur nak kerja xdpet2..huhuhu

diana berkata...

kalau pompuan tak dapat kerja boleh la kawen je..
yang lelaki?ha..mau membujang sampai ke tua..
heheheh

Wadi AR berkata...

cian yg mude mude ni patotnnye

[sutera kasih] berkata...

mcm sy la kebuloq xdpt keja..pnt dh menganggur ni huhu

anamizu berkata...

aaaaaaa nak sokong!
nak sokonngggg!!
smpai bile2 pun yg mude mudi
ni xkan dpt join gomen..
mmg mcm hampeh~



luv,
cik ana

IMANSHAH berkata...

tapi ada option nya..kalau tak nak 60, cukup 58..rasanya ramai yg akan tetap dengan 58

Bro ahmad berkata...

moga terwujud pekerjaan yang banyak..takut dan risau jugak hmm

Elih Japahar berkata...

Dulu sy pernah interview 5kali, last sekali serentak 2 interview...akhirnya dapat juga, yg belum pernah interview spa tu kena usaha sikit hehe

Ini Kisah Tia berkata...

adakah ini penyebab ramainya penganggur ? huhu

Ahmad Haziq Azlan berkata...

teringin nak jadi penyasyarah....mengajar orang je,,,

SAYA BUKAN SAMDOL berkata...

oh baru tahu hihi ;)

SAYA BUKAN SAMDOL berkata...

oh baru tahu hihi ;)

PeRmAtA bIrU berkata...

ya la kan... kalau para veteren x mau bersara nanti freshie macam kita nih nak lambak manakan??? haish!!! kalau cikgu terpaksa bersaing ngan guru sandaran plak.. adoii.. kerja oh kerja...

aimie amalina berkata...

yeeeeee
sy sedg mengalaminye
sgt tertekan
=.=

Dila Donghae berkata...

setuju! ramai graduan tak dpt keje lpas blaja, pastu mula lah bsg graduan pilih kejer lah, menganggur lah.. hbs, keje takde.. kalau umur dh 50++ tu elok lah bersara, bg peluang yg muda pulak keje... yg keje gomen, pencen of course dpt.. dok umah jer buat ibadat byk2, kn bagos... ;)

Shaherah berkata...

sektor kerajaan.. setahun tunggu pun lom tentu dpt.. >.<"

 
Related Posts with Thumbnails