Khamis, 13 Oktober 2011

Cinta engineering student yang rodent

Sometimes engineers suck so bad when it comes to love because they are getting so obsessed with the project and engineering stuff. Semalam aku ada baca pasal cerita cinta seorang engineering student yang sangat rodent dan gampit dalam bahasa inggeris. Tapi aku akan ceritakan kembali dalam bahasa melayu.

Cerita cinta pelajar engineering yang rodent.

Ada seorang pelajar lelaki jurusan kejuruteraan tertarik dan jatuh cinta dengan seorang gadis yang sama kelas dengannya. Pelajar lelaki itu nekad dan berazam untuk luahkan perasaan dia kepada gadis yang dia suka itu. Pada suatu hari yang baik, pelajar lelaki itu pun meluahkan perasaan cintanya kepada gadis tersebut.

Setelah pelajar lelaki itu meluahkan perasaan, gadis tersebut memarahi Pelajar lelaki itu dan mengugut akan melaporkan hal ini jika lelaki itu menganggu hidupnya lagi. Beberapa hari kemudian, gadis itu ada meminjam sebuah buku teks daripada pelajar lelaki tadi. Sebelum nak pulangkan kembali buku kepada pelajar lelaki, gadis itu ada tulis sesuatu di halaman pertama buku teks :

Awak, saya minta maaf sebab memarahi awak hari tu. Sebenarnya saya pun sudah lama suka kat awak. Saya harap awak dapat maafkan saya dan saya sudi Jadi teman wanita awak.

Selepas beberapa hari buku itu dipulangkan kepada pelajar lelaki, masih tiada apa-apa respon yang ditunjukkan. Pelajar lelaki itu langsung tidak memberi respon kepada gadis itu sehingga la mereka tamat belajar.

Moralnya : pelajar engineering tidak pernah buka buku teks sebagai rujukan.
Lol bodoh gila bila aku baca cerita ni. Tapi yang part moralnya itu mungkin betol pada aku sebab tu aku agak looser dalam belajar. Lol

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Comments
15 Comments

15 ulasan:

peep berkata...

aku budak engin n aku slalu je bukak buku teks.. tipu ni haha :P

gedek! berkata...

apa ni?

dalam gambar semua jantan je?

bunga takde ke?

Fay berkata...

penah baca nih kat fb.. hehe

cik dila.. berkata...

haha..siyes kelakar..agk ah ! sy pon jarang bkk buku teks :P

cik ika berkata...

spe nk buka buku tesk uh mmg ika respect abes la..hahahahahah..

SoLy SoLicious berkata...

ee..bongek...xbace ke? haishh

Ezad Skytech berkata...

haha...tipu la student engineering tak pernah buka buku langsung...tak baca buku...huuhh..

aq pon sebenarnya buka buku bila nak buat rujukan je..buat nota...haha~

ezzyra berkata...

terasa di situ...hahaha..

BeloG MTT berkata...

Macam pernah terbaca :D

azrijohan berkata...

Muahahaha

aku baca lecture notes je...buku tebal sangat kottt

ieyza afieyna berkata...

Yeke ? xsemua macm tu.. hee

diana berkata...

kamu tunjuk gambar mesti semua lelaki je..
perempuan tak de ke???
ke dia marah kamu letak gamba perempuan??
takut eik?????
hehheheh

[sutera kasih] berkata...

hehe lucu plak baca cerita tu..nmpk sgt lelaki tu x buka buku teks :P

Arai Lekir berkata...

itu adakah kenyataan.. kalau buku teks engineering tebal2 tu.. jangan harap la nak belek2.. tunggu exam jer la kalau nk bukak..itu pun kalau bukak..

AmalinaRazif berkata...

hsha...betul..kenal beberapa budak engineering...mmg xbuka buku langsung...tp otak genius jugak,xpelah.. :)

 
Related Posts with Thumbnails