Ahad, 16 Oktober 2011

Akan Pergi Rumah Kebajikan

Pagi ni aku akan pergi ke rumah kebajikan kat area Kangar kerana mengkuti aktiviti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM ). He he aku memang ahli PEMADAM pun dan siapa yang hisap dadah atau kokain, sila share dengan aku sikit ye. Aku pun nak layan high cocaine juga. LOL

Bergurau je :)

Aktiviti kat sana dan apa yang perlu dibuat aku masih tak tahu lagi dan aku akan update pada esok hari dalam blog ni. Apa yang pasti apabila pergi ke rumah kebajikan mesti la nak buat kebajikan. Takkan nak buat kejahatan pulak kan ?


Jadi esok merupakan kali pertama aku menjejak kaki ke rumah kebajikan. Sebelum ni aku tak pernah lagi pergi ke rumah kebajikan. Aktiviti PEMADAM yang lepas ada melawat ke PUSPEN kat Perlis ni dan seronok juga dapat jejak kaki kat sana. Banyak benda menarik dapat dipelajari dan dihayati bersama.

Semoga lawatan ke sana pada pagi nanti akan memberi aku seribu makna dalam kehidupan ini. Nantikan update daripada aku esok hari.

Comments
1 Comments

1 ulasan:

Ana Farhana berkata...

selamat membuat kebajikan ;)

 
Related Posts with Thumbnails