Yeah yeah makan steamboat

8:02 PTG

Setelah 4 bulan meninggalkan perlis dan langsung tidak menjamah makanan kegemaranku. Malam ini aku akan bertemu kembali dengan one of my favourite food kat perlis ni.

Rasa sangat terharu, sangat sedih, sangat gembira, sangat dan sangat lagi sampai tak mampu untuk aku luahkan semuanya. Seolah macam tidak percaya yang malam ini aku akan makan makanan kegemaranku.

Oh ya lupa nak beritahu bahawa makanan kegemaranku itu adalah steamboat. Kalau siapa yang tak tahu macam mana steamboat tu, boleh la bertanya kepada saudara Google. Malam ni aku makan steamboat di satu lokasi tepi jalan kat area kangar, perlis.

Nama kedai tu aku tak ingat dah. Kalau tak silap kedai tu dipanggil Rinaz Steamboat. Aahh lantak la nama kedai tu. Janji aku dapat makan dengan banyak dan kenyang. Perancangan untuk lepak dan makan sampai lewat malam. Hehe takpe makan banyak manapun kerana bayar rm10 untuk seorang makan sampai kenyang. Best kan?

P/s : aku sangat eksaited. Oh oh. Nanti aku update lg

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

You Might Also Like

11 ulasan