Khamis, 15 September 2011

Wayne Rooney hatrik ketika menentang Arsenal dan Bolton Wanderers

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mula membandingkan penyerang sensasinya, Wayne Rooney dengan legenda Brazil, Pele.

Kenyataan Ferguson itu hadir selepas dia melihat prestasi cemerlang Rooney yang meledak hatrik ketika menentang Arsenal dan Bolton Wanderers pada aksi Liga Perdana England.

"Jika melihat Pele (beraksi), dia merupakan penyerang agresif, Wayne juga begitu. Persamaan mereka adalah kekuatan, pantas dan semangat. Bezanya, dia (Rooney) berkulit putih sahaja," kata Ferguson.

Sebelum ini, ada peminat yang menggelar Rooney sebagai Pele Putih disebabkan karakter yang ditampilkannya ketika berada di tengah padang.

Ferguson menambah, Rooney sentiasa bersemangat, sentiasa mahukan kemenangan dan tidak mustahil ayam tambatannya itu mampu menjadi legenda United suatu hari nanti.

"Wayne seorang pemain yang tipikal, tetapi terdapat ramai pemain Britain yang mempunyai kualiti itu seperti Paul Gascoigne, George Best, Bobby Charlton dan Denis Law.

"Dia mempunyai keberanian seperti mereka. Dia sentiasa mahu beraksi, malah dia mempunyai stamina yang menakjubkan sesuai dengan bakatnya," jelasnya.

Ferguson juga meramalkan Rooney dan seorang lagi penyerang United, Javier Hernandez masing-masing mampu meledak 25 gol musim ini.

Kedua-dua penggempur berbisa itu telah menyumbang 10 gol buat United pada awal kempen musim ini di mana Rooney kini mendahului penjaring terbanyak liga dengan lapan gol.

"Dua tahun yang lalu, sasaran Wayne adalah untuk menjaringkan lebih 30 gol dan dia telah mencapai sasaran tersebut dengan begitu cepat.

"Jika dia dapat mencapai sasaran itu sekali lagi, saya akan cukup berbangga kerana dengan keupayaan Javier, mereka mampu menjaringkan lebih 25 gol musim ini," tambah Ferguson. - Agensi

Sumber <<<

Comments
3 Comments

3 ulasan:

azrijohan berkata...

glory glory manchester united

shah Blogger berkata...

Kalo rooney vs safie sali berdua je main kat padang sape power? hahaha

fatin syahirah :) berkata...

waaaah, aku banyak ketinggalan info bola sekarang T.T

 
Related Posts with Thumbnails