Ahad, 4 September 2011

Wayne Rooney Bantu England Menewaskan Bulgaria | Kelayakan EURO 2012

Wayne Rooney meneruskan sentuhan ajaibnya apabila meledakkan dua gol untuk membantu England menewaskan Bulgaria 3-0 pada aksi kela- yakan Euro 2012 awal pagi semalam.

Kedua-dua gol tersebut hadir pada separuh masa pertama sebelum pemain pertahanan England, Ga- ry Cahill yang membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan menambah gol ketiga.

“Sangat penting untuk memenangi perlawanan ini di sini (England). Kami beraksi dengan baik dan dari awal lagi kami telah bersedia,” kata jurulatih England, Fabio Capello.

Pada perlawanan tersebut, England membuka jaringan pada minit ke-13 apabila pemain pertahanan Bolton Wanderers, Cahill yang menjadi sasaran Arsenal dan Tot- tenham Hotspur musim ini, bijak menyempurnakan hantaran Gareth Barry.

Baca Selanjutnya di Sini .


Setakat ni pasukan Jerman yang telah layak ke pusingan akhir Euro 2012. Apa pun semoga berjaya untuk pasukan England dalam kelayakan Euro 2012 ni.


Comments
3 Comments

3 ulasan:

iMBobo berkata...

sempat tgk gol die.. england mmg cantik game die..

Freaky berkata...

haha aku x tgk pun match.. nampaknya kena layan youtube jap lg ni

aiman berkata...

hoho.. best... tp second half kureng sikit..

 
Related Posts with Thumbnails