Jumaat, 16 September 2011

Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak : Kerajaan Akan Memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baharu akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baharu itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

"Kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan," katanya.

Najib menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baharu itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Di samping itu, tambahnya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Najib berkata, selain itu kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Sumber <<<

Comments
3 Comments

3 ulasan:

aimie amalina berkata...

bagusnye dgr ucapan najib smp abis niii
heeeeee

[sutera kasih] berkata...

smlm sgr sekejap je..lari2 kejap pastu smbg dgr lagi..hehe

last2 klik website 1malaysia, situ dh ada isi ucapan PM..sng kerja hehe

Luqeem™ berkata...

dgr najib cakap je, trus semnagt 1 malaysia..haha

 
Related Posts with Thumbnails