Selasa, 6 September 2011

Trafik Merudum Sejak Syawal


Blogger dari segi trafik ni hanya ada 2 jenis je. 1 ni yang tak peduli langsung pasal trafik atau pengunjung yang masuk ke blog dia. Mungkin juga mereka ni tak tahu apa itu trafik jadi sebab itu mereka tidak ambil peduli. Mereka buka blog, tulis post kemudian publish. Siap !! Tak blogwalking, tak ping blog. Apa yang mereka tahu adalah dunia mereka dengan blog tu je. Tak lebih dan tak kurang daripada tu.

Tapi bagi pandangan aku, orang macam ni la baru betul-betul boleh dipanggil blogger. Maksud aku mereka tulis secara jujur mengenai hidup harian mereka ataupun juga pasal pandangan dan pendapat yang mereka ingin luahkan. Biasanya tulisan mereka sangat berkualiti kerana mereka menulis tanpa dipengaruhi dengan unsur-unsur yang lain.

Jenis yang ke 2 pula ni macam aku. Bak kata Kak Diana, aku ni blogger gila trafik. Betol ke gila trafik ? Hurrmm kalau fikir ada betolnya juga kerana tiap kali trafik naik, aku pasti melonjak kegembiraan. Tapi bila trafik jatuh, aku jadi sedih dan hilang mood blogging. Haaa kes parah dah ni. Jadi anda semua jangan jadi macam aku pulak, nanti susah pulak kalau takde trafik masuk ke blog.

Lagipun biasanya blogger macam aku ni tulisan hipokrit sikit. Maksud aku, update blog semata-mata nak dapatkan trafik. Tapi takde la 100% niat update nak dapatkan trafik. Selalunya ada benda juga yang nak dikongsi dengan pembaca dan ada juga rasa ketagih dan gian nak menulis blog walaupun idea merapu serta merepek yang banyak.

Tak kisah la anda blogger jenis yang nombor 1 atau nombor 2 seperti yang aku tulis kat atas tu. Yang penting anda tulis apa yang anda mahu tulis di blog tu. Tapi jadi blogger gila trafik pun ada bagusnya juga. Ia meningkatkan semangat persaingan dan perlumbaan dalam dunia blog ni. Yang tak bagusnya, anda akan DOWN apabila trafik jatuh. ha ha ha
Comments
12 Comments

12 ulasan:

mas saari berkata...

akak tak kisah sangat pasal trafik ni, janji update tiap2 hari!

tapi masa raya tu memang update sekali sehari je...tak sempat!

aimie amalina berkata...

weee
sokong kak mas!
sy pon cm tu =]

Nini Hartini berkata...

sy xkisah sgt psl traffic ni. kdg2 lg seronok blog x ramai bace. hehe...rs mcm boleh syok sendri. kekeke..klu byk pembaca, penat nak kerah entry yg berkualiti ;p

faridah nazurah berkata...

tak kesah la traffic mencanak naik atau jatuh pun. yg penting ada tempat nak potpet2. lagipun mmg dah biasa traffic rendah. hehehehe

diana berkata...

kalau akak bila tak berblog baru akak fikir pasal traffic..
bila berblog sakan,hari2 update tak peduli dah pasal traffic tu sebab tau kompem orang mai punya..heheh...

selalunya blogger yang giler traffic adalah blogger yang nak berjaya..
dia akan buat apa je asal ada hasil nya...dia tak nak buat sesuatu yang sia...
syabbas inspektor sahab..
hehehehh

[sutera kasih] berkata...

aahhh la freaky..trafik jatuh merundum ooo time raya huhu..tp nk buat cmne kan, dh sendiri kurang BW..sbb raya hehe

hira berkata...

eh, macam tu eh? haha :D saya kebelakangan ni dah rajin main pingpong. eh, silap. ping blog. hahaha :D alhamdulillah, dah rajin blogwalking. tapi mula esok, dah jatuh merudum la kot. huhu. tapi tak kisah. haha :D

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

Tia tengah2 boleh ? hahaa .. freaky , kecik sangat ke tulisan dalam post entri Tia ?

SoLy SoLicious berkata...

traffik time raya sgt menghambarkan ..huhhu..nsib bek BE kekal lg

sha my heart berkata...

masa raya trafik mmg sgt teruk.
mood blog pun semacam dah hilang bila tgok visitor sikit.

kiranya blogger trafik juga la ni wlu trafik ciput jer.

Ezad Skytech berkata...

time dekat nak raya hari tu dan lepas raya ni mmg trafik agak jatuh sikit la...huhu..

Luqeem™ berkata...

aku sejak2 ni mlas gler..cdang nk buat blog bru je..gnti yg skrng..huhu

 
Related Posts with Thumbnails