Ahad, 4 September 2011

Tak Salah Nak Copy Paste Kalau Kena Caranya

Select all, Ctrl + C kemudian Ctrl + V ... Ok dah siap pun entri untuk blog. Sekarang boleh goyang kaki dan sambung berak kat tandas. Hu hu hu


Isu copy paste memang dah lama berlaku dan bukan hanya dalam dunia maya ni je. Kerja sekolah, esaimen, kertas kerja banyak yang di copy paste tapi mengikut cara yang lain dan tak sama dengan cara komputer.

Ok aku tak nak lari topik, jadi aku terus fokus pada copy paste entri blog / laman web. Copy paste tidak menjadi salah sebenarnya kalau anda mengikut cara yang BETUL. Tapi persoalan utamanya macam mana cara yang betul tu ?

Cara yang betul adalah dengan memberi rujukan / sumber / backlink yang diambil daripada blog atau laman web yang asal. Apabila kita memberi rujukan / sumber / backlink , itu akan membuatkan pembaca lain akan mengerti bahawa kita cuba berkongsi sesuatu yang menarik dalam blog yang diambil daripada sumber lain.

Manakala kalau tidak disertakan sumber / rujukan / backlink, ia mungkin sesuatu yang agak kurang sopan dalam etika blogging ( Ada etika ke ? ). Lepas tu kalau kantoi dengan tuan asal yang buat entri tersebut, memang mampus la jawabnya. Haaa kalau tak nak mampus, kasi la sumber / rujukan / backlink benda yang di copy paste tu.

Tak rugi pun sebenarnya nak kasi sumber / rujukan dari mana kita ambil entri tersebut. Kalau kita bagi sumber / rujukan / backlink dalam entri , kita sebenarnya sudah bagi external / internal link yang boleh menyumbangkan kepada kenaikan pagerank dan juga ranking blog kita sendiri.

p/s : Jadi sila la ringankan tulang bagi sumber / backlink pada entri yang kita copy paste :)


Comments
10 Comments

10 ulasan:

Bella Bell berkata...

ctrl + C... ctrl + V.. ok dah siap entry saya..


okbai.. nak tido.. hehehhee..


betul tu.. kesian kat orang lain kerah idea 10 hari 3 malam tapi kite senang2 je copy paste dengan cara yg SALAH.. :)

kiz berkata...

kopi laaa best tengah malam ni..huhu.. adsniaga tu?? tengah cuba je..tak tau mcm mana..haha..

sergeant keroro berkata...

haha, susah la aku nak challenge ko macam ni.

aimie amalina berkata...

betol!
jgn mkn sorang..ingatla org yg bertungkus lumus nk cetuskan idea menulis tu kan =]

Cik Kasut berkata...

betoi3x

penat orang tu hempas pulas perah otak siapkan entri kita sesenang jer buat cam hak milik kekal

kotak bulat berkata...

copy paste, ubh kit2 la..bru nmpk identiti kita.. pastu backlink kan

iMBobo berkata...

asabol hehe.. tp cuba elakkn lebih baik :)

zieyzain berkata...

copy paste boleh tapi haruslah bijak,..tp nak senang cite, letak sj lah backlink..jd klu tuan empunyanya nmpak taklah panass,..kann,..ehehe=) *copy paste xpe jgn hacked,..haha=)

AmyZana berkata...

nak copy paste pun kenalah letak credits kan ?

[sutera kasih] berkata...

harus letak backlink :)

kalo part asaimen, hahhh try la plagiat kalo rasa nk gagal hehe..pensyarah tmpt sy blaja dulu ada software khas blh detect if student plagiat dr internet..haahh mmg awal2 letak rujukan hehe

 
Related Posts with Thumbnails