Ahad, 18 September 2011

Tak Follow Balik Blog Saya ? Nak Unfollow La

Mesti blogger biasa macam kita pernah alami situasi dimana blog kita di-Unfollow oleh orang lain kan ? Sebenarnya tu perkara biasa je yang berlaku dan banyak sebab yang logik serta munasabah dek akal yang menyebabkan kita unfollow sesebuah blog. Sepanjang setahun lebih usia jagung aku bermain blog, aku hanya pernah Unfollow 1 blog je.

Itu pun aku unfollow sebab blog dia yang asalnya berkonsepkan peribadi telah bertukar menjadi blog politik jijik. Malas nak tengok update pasal politik dalam bloglist dan dashboard, maka aku unfollow terus. ha ha ha jahat tak aku ? Tapi 1 kali je aku unfollow, yang lain tak pernah buat lagi. Kira ok la kan sebab tak mahu follow blog politik.

Tapi dalam banyak-banyak sebab , ada 1 je sebab yang aku sangat menyampah dan celaka dan hampeh dan tidak cerdik dan diskriminasi dan short minded iaitu sebab :

Kau tak follow balik blog aku ye ? Aku Unfollow la macam ni

Kenapa aku sangat benci dengan orang yang unfollow menggunakan sebab macam ni ? Kerana terdapat diskriminasi tahap IQ yang sangat rendah dalam kepala otak mereka ni. Diskriminasi yang bagaimana tu ? Cuba cerita sikit. Dah panas kepala ni beb.

Ok kenapa aku cakap diskriminasi ? Macam ni situasinya. Golongan yang suka Unfollow ni selalunya / wajib follow blog artis, blog yang popular, blog ratu cantik, blog model hot, dan blog yang ramai peminat. Tapi apabila pemilik blog popular itu tidak follow balik atau tidak menjengah ke blog mereka, golongan IQ rendah ni tidak Unfollow pulak. Sebaliknya mereka hanya buat tak tahu atau tidak kisah je.


Apabila kita ni sebagai blogger biasa ( rakyat biasa je ) yang tidak follow blog mereka, mereka dengan cepat dan sepantas kilat akan Unfollow blog kita. Damn !!! sangat rendah tahap pemikiran kamu wahai blogger diskriminasi.

Ooo kalau blogger popular tidak lawat ke blog korang, korang rilek pulak ye. Kalau blogger biasa tak lawat blog korang, korang dah gelabah siap Unfollow pulak. Serius memang sangat diskriminasi dan otak udang betul la korang ni.

Tapi takpee.. aku rilek je beb. Biasanya blogger diskriminasi ni tak tahan lama pun. Sekejap je dalam dunia blog lepas tu mampus terus. keh keh tu la siapa suruh diskriminasi sangat kan ?

p/s : Post ni dituju kepada yang unfollow dengan menggunakan sebab Kau tak follow balik blog aku ye ? Aku Unfollow la macam ni

Comments
20 Comments

20 ulasan:

Clara berkata...

Rasanya clara pernah kne camnie kowt..

atau org len unfollow sbb menyampah tgk belog clara.. T.T

Cik Leen_Dewi Syifa berkata...

sangat menyampah bial jumpa org mcm ni..sy pun pena kena..."sy da follow awk..tapi awk x follow sy,unfollow la..:"("...follow2 pun bole main paksa..susah2x...
Nwy,suka dgn entry kamu Freaky!!!

meaw berkata...

yang duk buat ayat kau tak follow blog aku balik ye,aku unfollow tu memang lapaq penampaq lah tu,hew hew hew....meaw tak kisah sangat pasal follower,lantak lah nak unfollow ke apa..yang penting enti kita diterima pakai even banyak merapu,hehe

Bui Junaidi berkata...

kak bui tak pernah lagi unfollow blog yg dh kak bui follow..tp rsnya setakat ni ada jugak yg dh unfollow blog kak bui..x tau lah kenapa..mayb sbb kak bui terlepas pandang tak follow balik..atau mmg ader spesis yg mcm ni kat dlm dunia blog ni kot..

geram jugak tp biarlah..wat gos around comes around..hehehe *_*

azel cak berkata...

aku sokong entry nih
naik muak jaa tengok perangai yang guna taktik nih
macam hape je

aimie amalina berkata...

wehh
ade ke owg cam ni
waaaa..nmpak sgt aku x amik tawu
aiyoooooo
kene cam pak jauh2 owg cm ni
huuuuu

Syazwan Che Deraman berkata...

tak patot la wat gitu.
teruk ore perangai gitu.

aku tak rajim lagi unfollow blog ore.
tak tahu nak unfolow gano.

aku pun tak tahu ada tak ore hok unfollow blog aku..aku tak tingat ekpun follower blog aku..

Ini Kisah Tia berkata...

heh . Tia belum pernah lagi unfollow . tapi orang yang fikir macam tu sebenarnya tak matang lagi dalam berblog ni .

emy|farid berkata...

sabar3, mmg rmai kot bt perangai gni, or diorg x perasan........

FaKArePa!n berkata...

aku pon mlas dah nak meraih follower skang.. biar follower tu datang sendiri.. hehe.. baru la asli orang kata.. tak gitu.. hehe

Unfollow pon tak pernah.. baik kan aku.. keh3..

cx's berkata...

love ur quote ' iQ yg sgt rndh dlm kepala otak mereka' . ahahha sokong dis entry. cx pernah kena 3,4 kali. hahaha. tp cx tk kesah pon sbb cx tahu yg unfollow tu jenis yg kau tak follow blog aq blk. ahahah

Eera Shera berkata...

pe la folo tp x iklas.x nah lg unfolo org...

[sutera kasih] berkata...

ada jgk ke org berfikiran camtu huhu..apa2pun, org yg camtu mmg tak matang lagi bak kata Tia :)

Panggil Aku Han berkata...

wah boleh mmpos terus tu..hahah..
aq tak pernh lg unfollow blog org..kejam ooo...

kiz berkata...

sabar yo lah jang..adat dunia maya...hosting sama (blogger.com) tapi sub domain lain-lain...haha

aniki berkata...

relax bai..tapi ayat2 ang memang syok ar..hahaha

PeRmAtA bIrU berkata...

hahahha.. betul tu... jangan unfollow blog lain sebab tu.. nampak sangat follow sebab nak suh dia follow jer.. bukan sebab blog dia best.. kecik hati tau gitu.. huhuhu...

Anif Abdullah| AA berkata...

aku pernah unfollow 1 blog ni.. tapi sebab blog tu dah xaktif..haha.. lain2,ok jew..

schaze zainn berkata...

pernah un-follow sbb die punye entry banyak merepek. adeh.

semak mata jek kat dashboard

Adylia Qarissa berkata...

laaaa...kalau nak follow tak payah la paksa kan...ish...pelik la...macam mana la dorang niie berfikir..

 
Related Posts with Thumbnails