Isnin, 26 September 2011

Surat Untuk Berok Band ( Broadband )

Kepada Syarikat Internet Service Provider ( ISP )

Sejak beberapa hari yang lepas saya telah mengalami masalah atau dengan lebih tepat lagi adalah gangguan sambungan internet. Saya tidak tahu macam mana mahu menjelaskan situasi yang sedang dialami sekarang ini kerana saya sangat sakit hati dengan masalah yang dihadapi.

Masalah yang timbul adalah sambungan internet saya selalu sahaja terputus selepas beberapa minit disambung. Sudah banyak kali saya menyambungkan kembali tapi selang beberapa minit, kejadian yang sama tetap berulang menyebabkan saya berasa sangat tension dan rasa mahu lempar laptop dan berok band ke dinding.



Selain itu, kadang-kadang signal HSDPA bertukar menjadi kepada GPRS apabila lampu modem berokband bertukar daripada biru kepada hijau. Apabila lampu modem bertukar menjadi warna hijau, kelajuan internet sangat la perlahan sehinggakan untuk loading Google sahaja mampu mencecah masa sehingga 30 saat.


Saya akui bahawa kejadian ini sangat sangat jarang berlaku dan apabila ia berlaku memang saya sangat tidak sukakannya kerana ia akan merumitkan dan menyusahkan urusan kehidupan seharian. Kalau boleh, saya ingin meminta jasa baik pihak tuan dan puan untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana masalah ini betol-betol memberi tekanan kepada saya.

Jasa baik dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih :)


p/s : agak-agak depa baca ke surat blog aku ni ? :P
Comments
12 Comments

12 ulasan:

ijA berkata...

ada agaknya..depa ne search pasal celcom berok band kat tenet..jumpa pulak surat ini...huhu

BeloG MTT berkata...

Emailkan dekat Dato Sazali.. Haha

syazwani 'atiqah berkata...

berok band kiteorg okay jer...

azrijohan berkata...

gua tauke celcom...

e k i n berkata...

Ikut pengalaman sayakan. ada cara nak "tangkap" signal broadband ni. kalau smbung broadband ngn laptop tanpa ada medium ape2, memang susah nak tangkap signal. medium maksud saya tuh macam wire usb cable (usb sambung ngn usb), lepas tuh "gantung" dia. Ikut la cara macam mane nak gantung dia. Mmg ade perbezaan.

Macam ni : sini

Anyyss Shuhaimi berkata...

aik?apsal gua punya broadband celcom elok jek? hmmm....

eyryn berkata...

hehe. . tulis surat kat sini pulakk ?
aiseyy. . mcam2 . . haha

hira berkata...

hahaha. merepek. pergi la hantar dekat department :p

diana berkata...

akak dulu pernah ada masalah gini...
tapi akak pakai maxis.akak call je dia.nanti dia godek2 la apa benda entah signal ke apa.esok tak ok akak call lagi,call,call,call sampai dia boring lama2 ok terus..
heheheheh

Ahmad Haziq Azlan berkata...

bruno mars!!!!!!!!!!!!!
band berok

Ini Kisah Tia berkata...

haha . apakata ikut kata kak diana . kol balik2 sampai depa bosan . wakakaa

[sutera kasih] berkata...

freaky guna berukben celcom ke?
sy pun mengalami mslh yg sm kt sini..kenapa tu ekkk

 
Related Posts with Thumbnails