Isnin, 19 September 2011

Seronoknya Tengok Orang Sudah Graduate

Selama 2 tahun lebih aku berada di UniMAP ni, hanya 1 kali je pernah menghadiri ke dewan tempat dimana berlangsungnya majlis konvokesyen iaitu pada tahun lepas kerana menemani seorang kawan yang ingin berjumpa dengan seseorang. Bila selesai je majlis dan para pelajar keluar daripada dewan, pelbagai reaksi dapat aku tengok.

Ada yang menangis kerana terharu, ada yang sibuk bergambar, meloncat sana sini dan suka ria yang jelas terpampang di muka mereka. Tapi kebanyakan mereka sudah tentu la menunjukkan wajah yang gembira. Aku yang ketika tu hanya melihat pun sudah dapat feel rasa gembira yang mereka alami tu.


Gembira bercampur sedih. Yer memang itu yang paling tepat. Gembira kerana dapat menghabiskan belajar dan sedih kerana lepas ini sudah berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan serta kena membawa haluan masing-masing dalam menempuhi alam pekerjaan yang penuh mencabar.

Lepas habis belajar, mungkin ada segelintir yang akan terus sambung belajar sehingga ke tahap tertinggi. Tapi kebanyakannya aku rasa ramai yang mula bekerja. Kalau aku sudah graduate nanti, aku akan kerja dahulu kerana ada benda yang aku mahu kejar setelah menempuhi alam pekerjaan.

Apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan tempoh belajar dengan jayanya di ipta masing-masing. Aku masih ada 2 tahun lagi untuk tamat. Hurmm 2 tahun. InsyaAllah :)

p/s : lepas Grad ada sampai surat PTPTN. ha ha ha


Comments
9 Comments

9 ulasan:

sue perbs.. berkata...

bestnye konvo.. msti sedih nanti

FaKArePa!n berkata...

PTPTN kna byar.. nanti kena saman.. hihi

Paris Hilton (M) berkata...

nk mungeeee...
jmput la dtg uum oct ni..
ulangan. nak mungeeeee hahah

kiz berkata...

bayar jgn tak bayar..duit aku bayar cukai pendapatan ada sikit kat situ...hahahha

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup berkata...

haha surat PTPTN..sekali dengan amaran....hutang PTPTN ku sampai sekarang tak habis bayar.

Mimang benar graduate happy, tapi sekejap je......tunggu pas 4,5 hari. Terus rindu dgn kawan2 kt U tu.

fiq. berkata...

xsabarnye nak graduat

tapi, b4 tu kena pract dulu, haha

diana berkata...

tak pernah rasa..:p

aimie amalina berkata...

tang last sekali tu yg best
hehehe
sungguh
insyaAllah kamu juge akan rase nikmat itu 2 taon lagii
weee
x sbr nye nak konvo ~ minggu ni =]

ika berkata...

alamak..bab yg last uh lemah tol dgr..
ngee~~

 
Related Posts with Thumbnails