Khamis, 15 September 2011

SEO Bukan Hanya Pertaruhkan Keyword Lucah

Bagi yang mahir dengan SEO ni mereka semestinya dah faham mengenai apa yang aku cuba nak cakapkan. Sejak sebulan yang lepas banyak blog baru yang cuba bermain dengan entri SEO tapi sayangnya mereka bermula dengan sesuatu yang sangat dasyat iaitu menghasilkan post dengan keyword lucah.

Perkara ni juga berlaku pada diri aku sewaktu mula-mula belajar hasilkan entri SEO. Aku pernah hasilkan 2 post yang mempertaruhkan keyword panas dan hasilnya memang memberansangkan. Aahhh sudah la !!! Aku tak mahu ingat lagi kebodohan yang nyata aku lakukan semasa cuba menghasilkan entri SEO dengan menggunakan keyword Lucah.

Nasib baik hati aku terdetik untuk padam 2 post yang aku hasilkan itu. Mujur sekarang keyword yang masuk ke blog aku sudah bersih dan tiada apa yang mengarut. Ok berbalik kepada tajuk diatas, memang benar apa berlaku sekarang ni banyak blog yang cuba hasilkan post dengan tajuk agak lucah demi menarik trafik ke blog.

Aku tak nak sembang pasal pengenalan apa itu SEO dan bagaimana nak hasilkan post SEO. Aku cuma nak kongsikan kategori yang wujud dalam menghasilkan entri SEO supaya entri SEO yang kita hasilkan itu jenis yang berbagai dan tidak tertumpu pada 1 kategori saja. Jom usha kategori yang ada dalam hasilkan entri SEO.

- Berita Semasa
- Sukan
- Komen Movie ( Movie terbaru )
- Kemasukan SBP , MRSM , IPTA , IPTS
- Gadget terkini
- Movie Download
- Teknik / Tips / Tutorial / Hacking

Yang lain aku tak berapa nak tahu sangat sebab aku sendiri pun masih terkapai-kapai :P ... Buat masa sekarang ni jika aku hasilkan entri SEO, aku akan cuba menumpukan pada bahagian sukan terutama sekali sukan bola sepak kerana carian tersebut sentiasa mendapat hits yang tinggi.

Jika ada yang mahu cuba bermain dengan entri SEO, boleh la pilih kategori yang anda mahukan seperti diatas. Kalau tak nak bermain dengan SEO pun tak apa kerana pilihan di tangan anda sendiri. Cumanya aku nak pesan bahawa SEO bukan semata-mata mengenai Lucah :)

p/s : Aku pernah buat kesilapan hasilkan Post Lucah dan aku sangat malu. Rasa nak menyorok bawah laptop je =_=
Comments
14 Comments

14 ulasan:

.diannorhayati. berkata...

hee. dian still tak pandai bab SEO ni. tak berani. tp suke tgok blog SEO. sgt hebatt :D

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup berkata...

ala biasalah..umur 20 an ini....mimang nakal :P

Rasanya SEO ini sesuai dengan blogger lama..kalau blog baru..susah sikit. pada pandang gua lah.

ijA berkata...

sorok bawa laptop//..bawah meja ok..g..

xde iklan dah kt blog..belajar lagi pasal SEO ne..

Syuxer berkata...

aku masih blur ngan SEO..aku main rembat je bubuh entri pasal sukan..haritu keyword david villa hina islam mencanak naik singgah dalam nuffnang aku huhu..

padahal aku tak tau benda pun benda tuh kaitan SEO huhu

Farhan Hanif berkata...

kadang2 keyword yang masuk tu langsung takde kena mengena dgn entri..contohnya macam entri aku yang latest ni...hahaha

Shaherah berkata...

hahha jangan menyorok bawah laptop tu.. mcm klakar jek.. >.<"

shera pun tak reti maen SEO ni.. >.<"

sha my heart berkata...

baru nak kenal entri SEO tu mcm mana.

tapi kalau ada entri SEO pun tak best klu tak masukkan element peribadi atau buat entri peribadi. barulah terasa kepuasan berblog. hehe~

kiz berkata...

SEO..entri biasa pun leh lekat dalam search enjin kalau tahu nak selit-selit keyword..hehe..Tapi keyword tu biarlah ada ceritanya..jangan semata-mata letak keyword best2..tapi cerita lain...

SoLy SoLicious berkata...

org yg hebat je mampu main SEO ni,...

Cik Sara berkata...

hehehe..nak tengok sket rupa orang menyorok bawa laptop tu..heeee...

Lea Isnawi berkata...

err muat ke nyorok bawah laptop?

diana berkata...

alhamdulillah..
bertaubat dah dak firdaus ni..
ekekeek

[sutera kasih] berkata...

keyword yg biasa msk d blog sy mia comel je hehe

Luqeem™ berkata...

selalunya nak hebat dlm seo, kita kena pandai tackle org yg mncari tu..kit kna tahu apa yg diorng nk..huhu..

 
Related Posts with Thumbnails