Rabu, 28 September 2011

Saya pun ada gf jugak

Kawan-kawanku yang sedang fokus.

Ada 1 blog ni aku masuk di laman utama dia duk cerita pasal cinta dengan pakwe. Aku baca mula-mula agak seronok juga. Kadang-kadang post dia duk cerita tu hampir sama juga dengan cerita cinta aku. Lepas tu aku pun skodeng lagi post yang lepas dan aku dapati hampir 95% post dalam blog tu pasal cinta dia dengan pakwe je. He he semua cerita ada daripada cerita sedih kepada cerita bahagia. Tapi yang aku hairannya nama blog dia bukan " cerita cinta aku dan dot dot dot "

Aku pun taknak la komen apa-apa pasal tu blog dia. Kang kalau komen, tak pasal-pasal kena hambat keluar pulak. Ngeee . Aku pun ada juga buat post jiwang dan pasal cinta dengan gf tapi takde la sampai hampir semua post pasal cinta je. Entah la, aku nak buat post cinta dengan gf pun kadang-kadang segan sebab tu aku hanya buat seminggu sekali atau sebulan sekali je. Nak buat tiap hari nanti lingkup blog ni dan tak ada siapa yang masuk.

Sebenarnya aku hanya nak beritahu bahawa jangan hanya tumpu pada 1 kategori sahaja apabila menulis blog ni. Cuba pelbagaikan kategori semasa menulis supaya kandungan dalam blog kita tu nampak pelbagai dan menarik untuk dibaca. Pagi cerita peribadi, petang cerita pasal makanan, malam pula cerita bagi pendapat. Haaa kan pelbagai tu isi kandung blog.

Nak lagi menarik ? Hari ni sembang pasal makan, esok cerita pasal peribadi, lusa pasal ayam dan itik. He he yang ni lagi best kan ? Kalau boleh cuba dan sedaya upaya cuba elakkan menjaja cerita orang lain. Kalau cerita baik yang dijaja takpe. Tapi yang tak baik juga selalu dijaja.

P/s : aku hanya tumpu kategori peribadi je :-P

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Comments
18 Comments

18 ulasan:

Shaherah berkata...

hahaha.. shera kengkadang suka baca blog yg satu kategori tu jek.. tp kkdg bosan jugak.. >.<"

mas saari berkata...

akak bosan kalau baca blog asyik cite pasal pakwe/makwe je..

shaliza khairi berkata...

hehe. ok2, lepas ni ikot tips freaky lah. baru orang tak bosan kan kan kan. =P

aimie amalina berkata...

eeheehehe
betoiiii!kene caca marba kan entri
hehehehe

c genk bah ne berkata...

betul2... org pun tak bosan nak dtg blog kita hehehe..
mcm cerita boleh dpt..


MENARIK DI genkcorner.blogspot
JOM BACA

1 ORANG TUA BIAR TERUS BEKERJA,ORANG MUDA BIAR TERUS MENGANGGUR

2.MAAF!!SAYA TAK LAYAN BLOGGER FOLLOWER CIPUT

3.GAMBAR GIRLFRIEND AMIRUL HADI ZAINAL

.diannorhayati. berkata...

hehe. dian pon kdg kdg ade cite pasal bf. sbb dulu mase buat blog nk bg bf bace. tp sekarang tak la. macam macam yg diceritakan di blog. bukan lovelife shaja. hehe :D

Tanpa Nama berkata...

ala..biasa ar tu..tpi tgk jugek tjuan utama dia nak buat blog. mne thu kud2 blog dia tuh mmg tmpat dia karang love story diorang,

skg ngan DIANNORHAYATI tu. dia nk bg bf dia bce kud.ahaks.

ezzyra berkata...

tp kan...klo blog dia mmg utk personal life dia je...biar je la...itu hak dia...klo x suka bca x pyh la bc...sekian...:peace:...hehe

Tanpa Nama berkata...

bkn sume org buat blog nak keja trafik or nak bg org baca...ade jgk y buat tmpt luah prsaan...kalo xsuke xpyah la baca..laen org laen tjuan dia berblogging....just bg pndapat..(^_^)v

nurradizan berkata...

kesimpulannya, itu hak individu. ;)

rara pinkmafia berkata...

heee.biarlah mereka... eh update pakai phone jelah eh.

Fay berkata...

biarkan mereka dgn dunia mereka.. hihihi

Bro ahmad berkata...

blog rojak datang blog bro hahaa..nak cerita peribadi pun malu..tak de benda best nak dikongsikan huhuuu

sergeant keroro berkata...

haha, aku cerita sal alien kang semua ternganga

ieyza afieyna berkata...

Suke bace ape2 yang rasa nak bace.. hehe

Mohd Azrul Aziim berkata...

haha..bunyi macam lepas geram je entri kali ni bro. Hehe

Si BuDaK KaChAk berkata...

boleh amik iktibar ni...

neway singgah la tmpt sy yg tah pape tu...

ade mcm2 cite...

www.ribut-mengundang.blogspot.com

Zul Fattah berkata...

relex sudah OH..

p/s: ko skelas dgan lim wei tat ke?

 
Related Posts with Thumbnails