Jumaat, 23 September 2011

Safee Sali Serasi Bersama Cardiff City

Biar pun baharu seminggu bersama Cardiff City, Mohd. Safee Sali kini serasi bersama cardiff city dengan gaya permainan bola sepak England yang terkenal dengan corak serangan pantas. Penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya itu telah menjaringkan lebih lima gol sepanjang sesi latihan bersama Cardiff City.

Malah, penyerang prolifik negara itu antara penyerang kegemaran bagi pengurus Cardiff, Malky Mackay yang dilihat semakin stabil bersama Bluebirds apabila mempamerkan semangat dan disiplin yang tinggi.

Pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, Safee kini beraksi dengan lebih tenang dan sentiasa memperbaiki mutu permainannya sepanjang sesi latihan bersama kelab dari England itu.

“Gaya permainan yang ada pada Safee antara faktor jelas mengapa pengurus Cardiff selesa menjadikannya pilihan utama sepanjang sesi latihan.
“Dia (Safee) yang kini beraksi dengan lebih tenang dan konsisten, pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk terus mempamerkan aksi cemerlang sepanjang sesi latihan demi memikat pengurus (Mackay).

“Nyata, pihak pengurus Cardiff berpuas hati dengan prestasi Safee bersama pasukan yang dikenali Bluebirds yang dilihat semakin positif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurutnya, nasib Safee yang hanya mempunyai baki seminggu lagi untuk menjalani latihan di England bergantung kepada pihak pengurusan Cardiff.

“Sama ada keputusan itu akan diumumkan sebelum Safee pulang ke Malaysia pada 28 September ini atau selepas beraksi bersama Pelita Jaya, semuanya bergantung kepada pihak pengurusan Cardiff.
“Sekiranya Cardiff berminat untuk mendapatkan khidmat Safee, mereka akan berunding dengan Pelita Jaya bagi melengkapkan perpindahan sensasi ini,” katanya.

Jelas Zakaria, meskipun Safee gagal di England, ia tidak bermakna perjuangan bekas pemain Selangor itu berakhir malah dengan pengalaman berharga ini, mutu permainan Safee pasti menyumbangkan sesuatu kepada negara kelak.

“Berjaya atau tidak, Safee telah pun mempamerkan aksi cemerlang sepanjang bersama Cardiff. Apa pun, saya berharap semua masyarakat di Malaysia mendoakan kejayaan Safee untuk bergelar pemain pertama negara beraksi di pentas Eropah.

Sumber <<<

Comments
3 Comments

3 ulasan:

Paris Lipton berkata...

gudluck safee sahlan
erk

Ezad Skytech berkata...

Beckham Malaysia ni...hee..
Gudluck Safee Sali ;D

sergeant keroro berkata...

drogba malaysia, haha

 
Related Posts with Thumbnails