Rabu, 21 September 2011

Safee Sali Beri Impak Positif Di Cardiff City

Selepas lebih seminggu menjalani ujian pemilihan bersama Cardiff City, kehadiran Safee Sali ternyata memberikan impak yang cukup positif terhadap skuad bimbingan Malky Mackay itu.

Apa tidaknya, selain dijadikan pilihan utama untuk diuji berbanding penyerang lain sepanjang sesi latihan, ketajaman penyudah Safee kini dikatakan mula meniti di bibir peminat The Bluebirds.


Apa yang pasti, fenomena yang berjaya dicetuskan Safee di Indonesia ketika mewakili Pelita Jaya sebelum ini juga dijangka 'menjangkiti' peminat fanatik Cardiff yang begitu terdesak mahukan pembaharuan di bahagian serangan.

Ia turut diakui sendiri oleh pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim yang optimis penggempur berbisa Harimau Malaya itu mampu memberikan impak positif kepada Cardiff sekiranya terpilih.

Menurutnya, ia dapat dilihat apabila peminat tempatan yang menyokong perjuangan Safee selama ini kini mula menunjukkan minat terhadap Cardiff berbanding kelab-kelab utama England lain yang telah lama popular di Malaysia.

"Malah, jangan tidak percaya, Safee juga antara ikon Malaysia yang cukup dikenali di Indonesia sebaik menyarung jersi Pelita Jaya sebelum ini.
"Sebelum ini, rakyat Indonesia hanya kenal Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan (watak) Upin Ipin sahaja. Justeru, tidak mustahil Safee juga boleh mencetuskan fenomena yang sama serta mencuri perhatian peminat Cardiff sekiranya terpilih," katanya.

Selepas menjalani ujian di Cardiff sehingga 27 September ini, Safee dikhabarkan akan kembali semula ke tanah air bagi membantu bekas pasukannya, Selangor dalam aksi Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang Singapura empat hari kemudian.

Safee juga masih mendapat kepercayaan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Raja- gobal menentang Australia dalam perlawanan persahabatan pada 10 Oktober depan.

Baca Selanjutnya <<<
Comments
7 Comments

7 ulasan:

L berkata...

caiyaaa la!!!!

dah sembahyang belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

Saiazuan berkata...

huh? cuma kenal beberap ikon msia je? ish2.. kte kenal ramai ikon diorng.. tp diorng knal ckt je..haha

go safee

peNulis SeNjA berkata...

safee ni salah stu pemain hebak .. dan power

Khuzrin Kamarudin berkata...

meh baca satu surat berkenaan ketaksuban melampau "penyokong Harimau Malaya baru berdaftar lepas menang piala"

http://sipotsitukangtulis.blogspot.com/2011/09/surat-buat-peminat-qpr-cardiff-city.html

FaKArePa!n berkata...

mantap la safee..

terbaaaiiikkk.. kata boboiboy

mas saari berkata...

safee memang terbaik...

akak peminat setia dia!

diana berkata...

akak kompius sikit dengan benda ni...
kalau pun dia terpilih dia boleh main ke??
sebab setahu akak kalau nak main kat sana rank negara kita pun kena bagus jugak..
kan??ada sapa2 boleh jelas kan??

 
Related Posts with Thumbnails