Khamis, 8 September 2011

Persaingan Blog Dan Laman Web Semakin Sengit


Biasanya banyak blog atau laman web ada memberikan tips bagaimana untuk mendapatkan trafik dan juga menaikkan ranking blog. Selain tu ada juga banyak tips dan pendedahan serta motivasi kepada blogger supaya tidak mudah berputus asa dan menaikkan semangat persaingan dalam dunia maya ni.

Kali ni aku pun nak kasi saiko sikit supaya lebih sedar erti persaingan dalam dunia blog dan laman web ni. Bagi yang buat blog dan laman web dengan tujuan suka-suka tanpa mempedulikan jumlah pelawat atau ranking atau kestabilan, Saiko ini mungkin tidak memberi kesan kepada mereka. Hanya yang betul-betul serius memberi komitmen akan lebih bersemangat dalam persaingan ni.

Hari ni hampir setiap hari ada pertambahan jumlah blog dan laman web sama ada di seluruh dunia ataupun hanya dalam Malaysia. Apabila blog / laman web baru muncul ini bertapak, mereka biasanya mempunyai tujuan dan objektif yang disampaikan. Antara yang jelas, sudah tentu blog / laman web yang dibina itu adalah untuk mencari pengunjung.

Setakat ini jumlah blog / laman web di Malaysia sahaja sudah mencecah angka puluhan ribu. Belum lagi di tambah dengan web korporat dan juga portal kerajaaan yang boleh dianggap agak banyak tu. Kalau ditambah dengan web seluruh dunia, terus senyap tak terkata apa dah... Itu adalah jumlah dan angka pada hari ini. Pada tahun hadapan atau tahun-tahun yang seterusnya, jumlah itu sentiasa bertambah dengan banyak.

Jadi untuk survive dalam persaingan yang sengit dan sentiasa sengit pada masa akan datang, blogger perlu la datang dengan idea dan kreativiti yang unik. Susah ? Yer !!! memang sangat susah dalam mencari idea dan kreativiti tapi lagi susah sebenarnya mencari pengunjung dan pelawat ke blog / laman web yang kita ada.

Walau susah macam mana pun, semua tu boleh diatasi dengan semangat dan komitmen yang penuh dalam diri. Kalau tak mampu jugak, cuba lakukan dengan berkumpulan supaya lebih bersemangat.

If You Can't Chase For The Top Alone, Then Bring SomeOne To Go With You. Aku ada juga ajak Sergeant Keroro kerana blog aku sendiri pun tak mampu nak bersaing dengan blog / laman web yang lain di Malaysia ni. Tapi Sergeant Keroro macam tak nak jeee. Terpaksa la aku berlari seorang diri menghadapi persaingan yang sangat sengit ini.. Wuahahah ampuunnnn

p/s : Dasyat mana pun persaingan , jangan sampai tension dan stress dalam blogging. cheers !!!
Comments
17 Comments

17 ulasan:

Bella berkata...

Teruskan cita2 anda... ^^
Semoga berjaya...

ANISA berkata...

wah..ttbe rse kecik je..
keep it up...

SoLy SoLicious berkata...

semangat2.... jgn lari laju2..nanti semput..heee

Luqeem™ berkata...

nak join..haha..

janji persaingan yang sihat..jgn ada maki2 sudah..:)

aimie amalina berkata...

weeee
semangat2..hehehe
teruskan berblog dgn guuummmmbiraaa!=]

GaRy™ berkata...

aq tengah kumpul semangat gak ni... macam dah nak lari jauh dah semangat blogging aq ni... T^T

Ezad Skytech berkata...

semoga berjaya freaky..anda mampu mengubahnya...hee~

Dr. Fox berkata...

haha. persaingan yang sihat memang bagus tp yup kau betul xxleh stress dlm blogging :P

kiz berkata...

teruskan..sentiasa sokong

Limin berkata...

Truskan berblogging... bloging sronok kan.. aku ada blog sejak thun lepas.. dah stahun.. tapi pling aktif... 3 bulan lepas... hehehe... sronok..

iPai berkata...

pergh kalau sampai nak masuk award ni, kira hebat juga .. hehe

all the best firdaus ..

ce pujuk keroro tuh .. dia pon patut masuk juga laa .. uhuh

Saiazuan berkata...

lg ramai lg best! bnyk idea :D

DewMa berkata...

meriah dan terus meriah lagi....

sergeant keroro berkata...

oitt, sapa cakap taknak?? haha.

sekeh kepala tu kanggg :P

[sutera kasih] berkata...

mmg sgt2 byk blog dan laman web d luar sana..mmg xdpt nk saing la..happy blogging je hehe

peNulis SeNjA berkata...

blog kiter ni belum ade ape2 nyer

azrijohan berkata...

haishhh!
biar betik sergeant keroro tak nak?

 
Related Posts with Thumbnails