Selasa, 20 September 2011

Pasukan Liverpool Terus Parah

Pasukan Liverpool terus parah apabila menerima kekalahan kedua di awal musim apabila tewas 0-4 di tangan Tottenham Hotspur di White Hart Lane semalam .

Percaturan Spurs menurunkan barisan kedua ketika seri tanpa jaringan dengan PAOK Salonika dalam saingan Liga Europa Khamis lalu membuahkan hasil.

Begitupun Liverpool lebih dulu melakukan serangan tetapi Assou-Ekotto tenang mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya pada minit keempat.

Selepas itu, Tottenham mempamerkan penguasaan bola tenang mengatur serangan. Dengan pemain tengah mereka Scott Parker, Luca Modric, Gareth Bale dan Niko Kranjcar menguasai tengah padang, serangan Spurs lebih lancar.

Pada minit ketujuh, Modric memastikan Spurs di depan apabila rembatannya dari luar kotak penalti menerjah penjuru kiri gawang Liverpool yang dikawal Pepe Reina, menceriakan peminat di White Hart Lane.

Minit ke-14, Modric hampir menggandakan kedudukan tetapi Reina sempat melayangkan badan menyelamatkan cubaan itu.

Liverpool bertindak balas selepas itu memperoleh gol penyamaan pada minit ke-17 apabila Luis Suarez menolak masuk bola yang dikawal Andy Carroll tetapi pengadil Michael Jones membatalkan jaringan itu kerana Suarez berada dalam posisi ofsaid.

Malang terus menimpa Reds apabila Charlie Adam dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-28 selepas dia tanpa sengaja menendang lutut Scott Parker memaksa Liverpool bermain dengan 10 pemain pada baki separuh masa pertama.

Di babak kedua, Liverpool tambah parah apabila Martin Skrtel dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-62.

Spurs mengambil kesempatan menambah jaringan menerusi Jermain Defoe tiga minit selepas itu. Defoe yang menerima hantaran daripada Van der Vaart tenang mengatasi pertahanan Liverpool Jose Enrique sebelum menewaskan Reina buat kali kedua.

Minit ke-68 giliran Emmanuel Adebayor mencetak nama sebagai penjaring. Dia yang berada di depan gawang Liverpool menolak masuk bola muntah cubaan Defoe yagn gagal ditangkap kemas Reina.

Selepas itu Reina tambah sibuk tetapi dia tidak mampu menghalang serangan bertali arus Spurs. Pasukan tuan rumah memperoleh satu lagi gol pada saat akhir masa kecederaan apabila Adebayor melepaskan rembatan deras betul-betul di depan gawang Liverpool memastikan perlawanan berkesudahan 4-0.

Sumber <<<

Comments
6 Comments

6 ulasan:

Add Remove Block berkata...

Chelsea pun merana jugak ... peminat Liverpool ke? Blog biru je ...:)

Freaky berkata...

Ha ha aku chelsea. kalah jugak dengan man u semalam. hahaha kecewa

Bigdaddyz berkata...

hebat blog ni yer top 30 2011...tadi tengok di mervik apa ntah...tahniah la...

Freaky berkata...

hehe terima kasih bigdaddyz :)

GaRy™ berkata...

huahahaha... aq pun dah malu sangat2 sebab pegi klas pakai baju liverpool... T^T

Freaky berkata...

LOL gary buat malu je. nasib x kene boo

 
Related Posts with Thumbnails