Selasa, 6 September 2011

Page Facebook Yang Aku Rasa Best

Cakap page facebook, memang berlambak page kan ? Sampai tak larat nak like semua page yang ada. Belum lagi ditambah dengan fan page blogger lepas tu fan page Retis ( Artis ) .. ok aku taknak sembang banyak pasal intro, nanti ada yang kata bosan dan banyak merepek pulak.

Berbalik kepada tajuk entri, aku selalu je lepak kat 1 page ni. Tak tahu la aku nak komen macam mana. Nak kata lawak, ada la juga terselit. Nak kata menyampah sangat, pun ada juga bila melihat gambar2 dalam page tu. Nak kata happening, sumpah memang sangat happening habaq hang !!!

Kalau korang rasa nak lawat page ni, korang tekan gambar di bawah ni :

Nama page ni adalah Anti Pavillion KL kids. Tujuan page ni ditubuhkan :

untuk meng"anti" budak-budak yang suka berkeliaran di hadapan Pavilion. Kenapa kami berbuat demikian? Kerana kami tidak mahu anak dan bangsa kita terjerumus dalam kesesatan dunia & idealogi barat. Kenapa point Pavilion? Kerana Pavilion ditengah-tengah kota Kuala Lumpur. Di sana terdapat ramai pelancong asing yang bercuti dan ibu bapa berstatuskan pendidik melihat ketidak sopanan negara kita, di manakah harus diletakkan Malaysia yang kaya ketimuran & penuh kebudayaan? Segala kerjasama meyokong page ini amat di hargai =) Ini juga demi bangsa rakyat Malaysia. Tanpa kita, siapa lah yang memimpin dan mewarisi budaya untuk masa akan datang sebagai pelapis Agama , Negara dan Bangsa .Malah bukan itu sahaja, kami juga mengambil berat tentang isu negara, keruntuhan akhlak & gejala sosial. Segala salah dan tutur bahasa harap diampun.Think globally, act locally

p/s : Honestly aku tak pernah datang Pavilion KL. Jadi no komen sangat pasal gambar yang menceritakan situasi anak-anak remaja KL ni. LOL Nampak macam parah je :D
Comments
20 Comments

20 ulasan:

sergeant keroro berkata...

aku sendiri pon tak pernah datang lagi, HAHA

Ezad Skytech berkata...

aq yang dok KL pon tak pernah jejak kaki kat Pavilion KL ni..lalu2 ada la..huhu~

aq pon tak tahu apa yang dorang suka sgt lepak Pavi ni...

dya berkata...

ak pown..haha

cucu umie berkata...

ayie pernah pergi page nie... mmg ad yg siap shot gmbo budak2 yg lepak depan pavillion lg..

kiz berkata...

kenapo dengan bondo tu..tak paham den.

iMah berkata...

da g usha da td.. usha gamba je la...
eeemmm....

hira berkata...

setakat lalu pernah. masuk tak pernah. hahaha :D

asamasin berkata...

msuk tuh jarang la

Luqeem™ berkata...

yg aku selalu pegi pn klcc je..huhu

budak2 skrng trlalu ikut ideologi kuning..hehe

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

aduhai freaky , Tia tak pernah jejakkan kaki ke sana pun .. hwa3x !

anamizu berkata...

cik ana pon tak pernah jejak ke situ..tak rase rugi pon kot..kih3


*tp mmg pnh dgr mcm parah gak anak2 remaja yg kononnye TOWN & UPTODATE la sangat..cis~

cayob berkata...

ala...aku tak tahu.di mana ini. Tapi aku sokong....!!! jangan biarkan mereka membuang masa....

Dr. Fox berkata...

haha, pavi.. aku cukup tak suka pergi tempat yang ramai orang..

faridah nazurah berkata...

haha memang terbaik page ni. menyampah gila kalau dtg KL ada yg dok mencapap kat depan Pavilion. kalau dtg membeli takpe, ni setakat nak menayang muka yg konon hot la sangat.

kesian pelancong2 yg dtg, kena menghadap muka2 budak2 batak Pavi ni. sadis sungguh budak2 macamni.

mintak2 sangat budak2 ni cepat sikit matang. bila dh matang baru reti ubah perangai melepak dan mencapap.

hehehe sorry kalau terkasar bahasa. tp tulah realiti dekat depan Pavilion.

SoLy SoLicious berkata...

xpenah sampai lagi..uhuh...so, xtaw sgt....huuhu

ekin tajudin berkata...

ramai yg melepak depan pavi sebab nak masuk pavi xmampu kot..huhu...high class sgt klaw nk shopping dlm pavi..baik g sg wang or times square.murah & best...>_<

nurulsyaheera :) berkata...

kta pun tk pernah pegi pavi, tapi ada jugak org upload picture masuk situ, then ramai-II mengutuk. I don't know y -.- yg buat tu fake profile pulak tu. tapi tu dulu la, skrg dh tkde dah.

[sutera kasih] berkata...

errr...mmg tak pernah langsung pegi sana hehe

sha my heart berkata...

bagus jugak page tu. prihatin.

shah blogger berkata...

uiks siap ada page hahaha. bagus2.. bdk2 remaja bro. kaki lepak xde hala tuju lg tu. satu masa nnt kehidupan akan merubah mereka.. lmbt atau cpt je. sape cpt untung laaa

 
Related Posts with Thumbnails