Isnin, 19 September 2011

Oh Ping Ping Ping Blog

Malam ni cakap pasal ping blog pulak ye. Bagi yang tak tahu apa itu ping blog, ia adalah salah satu kaedah untuk mempromosi post blog di suatu tempat. Nak promosi di mana ? Banyak tempat untuk promosi antaranya group-group blogger yang ada di facebook dan juga di beberapa laman web yang menyediakan servis ping blog.

Cakap pasal ping blog, dulu punya la aku tergila-gilakan nak ping di semua tempat dan di semua group yang ada. Siap publish, ambil link dan ping hampir di semua group sampai menyemak link tu kat home wall facebook. he he punya la aku kemaruk sampai macam tu sekali.


Itu untuk 1 post. Kalau aku buat 8 post sehari, memang semua 8 post tu aku akan ping di group blogger. Tapi itu semua cerita 2 dan 3 bulan yang lepas je. Semenjak dua menjak dan tiga menjak ni aku dah sangat malas nak ping post blog di group yang ada kerana banyak sangat yang spam apabila kita ping di group blogger.

Bila mood pun dah spoil jadi aku tak ping dah kat group blogger. Kalau ping pun sekadar di 1 / 2 group atau hanya sekali sehari je. Kalau tak ping, mesti trafik sikit kerana tak ramai yang tahu update blog kita. Memang benar trafik jatuh tapi takde la teruk sangat kerana aku masih ping di profile facebook dan juga di fanpage.

Oh ya bagi siapa yang nak " like " fanpage aku boleh la klik kat Sini . he he sekali sekala promote fanpage blog. Tak ramai pun yang like tapi ok la dan puas hati juga dengan jumlah yang ada sekarang ni. Nak suruh ramai yang like aku tak mampu sebab aku ni bukan famos amos macam artis pun ( Whatever LOL ).

p/s : Pengunjung dan pembaca yang ada ni pun dah cukup untuk stabilkan ranking blog aku.. terima kasih all :) muaahhxx muaahhxx :P



Comments
13 Comments

13 ulasan:

Luqeem™ berkata...

kalau la ada fungsi auto post kat setiap group blogger..mmg best

Bro ahmad berkata...

dah 4 bulan tak pernah ping entri mana2 cuma ada button like dengan google plus 1 je..rasa tak best je ping entri ni..ada la sebab bro ahmad sebab tak nak ping entri ni...backlink widged tu termasuk ping entri jugak ke?

shah blogger berkata...

sama lah bro. aku sendiri update blog 2 3 bulan lps 2/3/4 entri gak sehari (termasuk publish gambar sahaja haha)..

Skang aku mampu sehari 1 entri je..
ping blog pon sehari je. selalu aku ping kat tmpt ramai org je. nak ping bnyk2 group segan lak nmpk sakan bebenor haha

mas saari berkata...

dulu pun akak camtu gak, sekarang cuma ping kat fanpage blog je..

Freaky berkata...

bro ahmad : backlink widget tu ape ? x pernah dengar. huhu

aimie amalina berkata...

hehehhee
mie sekali sekale jek ping..hehee

anamizu berkata...

ha btol3!!cik ana pon memule dulu punyela kemaruk dok ping sane sini..smpai penuh la news feed org laen dgn kite punye ping tu..skg ni dah x buat lagi bnde2 tu smue..hehe

Bro ahmad berkata...

banner kecik2 yang tulis backlink selalu blogger otai pasang tu..macam2 jenis ada dari pr tinggi..bro tengah mengkaji benda tu la..apa kebaikan untuk serp dan pagerank blog ke? benda tu boleh ping entri jugak kalau nak.

faridah nazurah berkata...

dlu pun pernah gak ping2 blog.. tp sekarang mmg dah lama tak ping. sebab MALAS!

Ezad Skytech berkata...

aq pon kadang2 je ping2 entri ni..hee~

Panggil Aku Han berkata...

kdg2 mls jugak nk ping blog..:D

SoLy SoLicious berkata...

selalu gk ping entry.. hee

[sutera kasih] berkata...

dulu rajin ping entry di grup2 FB..tp actually sy dh kaji, agak kureng trafik dr sana..ping2 je byk tp kalo dh ramai yg ping, entri yg kita ping tu akan turun2 ke bwh, so org xnmpk dh..

biasanya, akan ping di ping busuk & di http://www.submitstart.com/ saja..pastu, malas dh..better blogwalking hehe

 
Related Posts with Thumbnails