Rabu, 21 September 2011

Menarik Mengenai Interface Facebook Yang Baru

Selesai sahaja kelas pukul 2 tadi aku terus cari laptop untuk online dan seperti biasa laman web utama yang akan aku lawati adalah Facebook. Setelah memasukkan emel dan juga kata laluan, aku berasa sangat hairan melihat interface facebook yang nampak ada kelainan berbanding yang sebelum ni. Kemudian aku ambil masa sedikit untuk explore sesuatu yang baru.

Selesai explore, aku rasakan interface facebook yang baru ini lagi best dan style berbanding yang lama. Banyak juga yang menarik walaupun pada hakikatnya jika dilihat secara kasar tiada perubahan yang mendadak berlaku. Jadi di bawah ini ada beberapa perkara atau sistem yang aku rasa sangat menarik dengan perubahan baru pada Facebook.

1. Jimatkan Ruang dan Simple


Dari dulu lagi Facebook memang terkenal dengan sesuatu yang simple tapi dengan perubahan yang baru dilakukan ini, apa yang menarik adalah facebook telah menjimatkan lagi ruang di bahagian Home Wall. Maksudnya jika status box itu tidak digunakan, maka ia akan di-hide oleh sistem secara default dan ini memberikan sedikit ruang yang agak luas untuk paparan news feed daripada kawan-kawan yang lain. Jika mahu update status, hanya tekan sahaja " Update Status " di bahagian atas itu kemudian Status Box akan muncul di bawah. :)

2. Top Position Navigation Bar


Jika sebelum ini bahagian navigation bar yang warna biru itu tidak berada pada kedudukan tepat dan ia sangat menyusahkan apabila kita skroll sampai ke bawah dan mahu ke profile atau Home, kita terpaksa skroll ke atas kembali untuk mencari navigation bar tersebut.

Dengan perubahan baru ini, navigation bar diubah berada pada kedudukan yang tetap ( fixed ) dan apabila mahu ke profile / Home ia sangat mudah tanpa perlu skroll ke atas kembali kerana ia sentiasa berada pada top position. Ada yang tak suka top position navigation bar ini tapi aku suka je :P

3. Real Time Update


Jika sebelum ini Google berkerjasama dengan twitter dalam menyediakan servis Google Real Time, kali ni Facebook juga dengan memasukkan sistem Real Time Update di bahagian sidebar iaitu di atas friend chat. Apa yang menarik pasal Real Time Update ini adalah kita akan sentiasa atau lebih kerap mendapatkan info terkini mengenai aktiviti kawan-kawan kita di Facebook. Cool kan ?

Menarik kan ? Ada yang kata tidak menarik dan rasa sangat pelik. Kadang kala apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Lagipun aku rasa perubahan baru yang dilakukan Facebook lagi mantap berbanding dengan Google Plus kerana Facebook sedaya upaya cuba melawan Google Plus.



Comments
24 Comments

24 ulasan:

peNulis SeNjA berkata...

fb semakin menggila

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...

alamak sy pye komen pon keluar eh..adeh :)

mas saari berkata...

tak sempat tengok lagi...kat opis tak leh online! huhuhuuu

ieyza afieyna berkata...

best ke x best la... pening lagi ade la.. ramai kata fb interface baru nie pening.. tadi baru je tukar blik yg versi lama.. lagi suka versi lama.. hee..

CIK PARO! berkata...

setiap manusai perlukan perubahan..Termasukla FB..hehehhe

Wanz Mejuez berkata...

Macam twitter daaaaaaaaaaa

sue perbs.. berkata...

mcm2 dh fb ni...

kiz berkata...

ehh ye ke..tak buka lagi FB ni..nantilah..huhu

Amni berkata...

dengar jugak pasal ni dari pagi tadi.. tp sebab tak bukak lagi guna lappy, jadi memang tak tau la macam mana ruapa dia...

azrijohan berkata...

adoi,aku baru nak merasa Google + paling cool abad ini,tapi facebook dah berjaya menidakkan...

gila ahhh..





http://azrijohan.blogspot.com

FaKArePa!n berkata...

aku pon pning gak kjap tadi.. hihi

Farhan Hanif berkata...

apsal aku punya takde perubahan apa2 pon...aku punya roomate pon dah bertukar mcm yg terbaru ni...lamabat gila update aku punya ni...hahaaha

zareliqa afiqa berkata...

owh cmtu kew.Da lama tak bukak fb,so tak taw pape.hehehe

SoLy SoLicious berkata...

btol la...fb btukar lagi..hohoho

Luqeem™ berkata...

knpa fb aku tak tukar2 pn interface nye? cmne nk tukar yg bru tu?

Add Remove Block berkata...

FB aku xder real update ni yg ada pun ads ... x silap dulu ada jugak real update ni ...

Panggil Aku Han berkata...

tp ssh nk tgk notification smpai habis...haihh...

sergeant keroro berkata...

cool. haha. ko pon dah pasang related post? :P

Wan Gerrard berkata...

cun gak fb baru ni :)

RinsyaRyc berkata...

><

http://bulatmata.blogspot.com/

faridah nazurah berkata...

dah lebih kurang twitter je.

kiwi berkata...

oke ke? fb kiwi macam ape je. lansung xkuar pape kecuali navigation bar. bengong la...

emy|farid berkata...

suka no.2, tpi not for no.1 and 3. adoyai, sesak napas jap

fikri berkata...

huh ...
agak pening gak interface yang baru adeyhh ..
tapi ape pon terpakse belajar mengunanye .. ngee ..
walaupun tak suka ..

 
Related Posts with Thumbnails