Sabtu, 3 September 2011

Membaca Blog Orang Cina

Beberapa hari ni masih ramai blogger yang tak tengok blog. Mungkin masih sibuk dengan sambutan hari raya Aidilfitri. Dengar cerita ada juga yang mood blogging dah tenggelam tak timbul sampai ke sudah. Alamak kenapa tenggelam sampai macam tu ? Hari Raya dah sambut, gembira pun dah lalui, sepatutnya dah boleh online dah update blog.

Eehhh sibuk je aku suruh orang lain update blog. Sebenarnya kalau aku tengok bloglist aku tu tak berapa nak bergerak, itu menunjukkan ramai yang masih tak aktif blogging. Bila ramai yang tak aktif, dengan aku sendiri pun menjadi macam tak aktif.

Ok back to the main topic, sebenarnya tadi aku luangkan a few hours reading blog orang cina. Saja aku nak kaji dan tengok perbezaan dari segi teknik blogging orang melayu dan orang cina. Hasil daripada beberapa jam aku baca, aku boleh kata sangat berbeza cara mereka blogging dan juga respon yang diterima untuk blog mereka.

Macam mana nak describe ye ? Hurmm first of all, of course they use full english but that's not the main point here. Kualiti content dalam blog mereka nampak sangat bagus walaupun hanya cerita peribadi seperti aktiviti hari ini, makan-makan hari ini dan melepak di suatu tempat. Selain tu kebanyakan mereka banyak bercerita melalui gambar yang diupload.

Mungkin sebab itu aku rasa sangat menarik apabila baca blog orang cina. Baca sikit, ada gambar yang menjelaskan dan menunjukkan situasi yang ditulis. Sangat menarik dan tidak bosan membacanya.

Ok mengenai respon blog mereka pula. Respon yang diterima sangat berbeza berbanding blog Melayu. Walaupun blog mereka banyak bercakap pasal peribadi terutama sekali banyak gambar yang comel dan cute, komen dan respon yang diterima sangat positif dan bertambah semangat untuk meneruskan aktiviti blogging.

Lain cerita pula dengan blog Melayu. Biasanya kalau blog personal yang memaparkan banyak gambar Cute dan Cantik, pasti ada je ANONYMOUS yang tak puas hati akan beri komen negatif dan respon menjatuhkan. See the different here ? Sebab tu aku rasa sangat best baca blog orang cina tadi.

p/s : follow blog orang cina pulak.. Kadang-kadang tukar taste seronok juga.


Comments
12 Comments

12 ulasan:

Blogger Newbie berkata...

Kira lebih telus la ni eik? bgs la. suka kualiti. bila terperinci. i like3x

faridah nazurah berkata...

hehe mesti suka tengok gambar amoyy cantek kan kan kan.. :P

^^nu[dd]yra^^ berkata...

aku smggu cuti blog....hehehhe....owh x pernah plak bacer blog org cina...leh try bacer lah pas nih...

aimie amalina berkata...

pehhh
baru seminggu x mai sini
dah berbiru2 ha..heeee
tulah
budaya owg cine lain kan..
huu
x terlmbt nak wish, camat ari aye!

Bell berkata...

hahaha..cina pulaks...

sergeant keroro berkata...

haha, paham pulak ko :P

Freaky berkata...

keroo : dia guna english laaa

IMANSHAH berkata...

mujo gamba aku tak cantik dan tak cute..takde cik anon nak kutuk

Zul Fattah berkata...

haha.. kawe ado la baco blog demo OH.. huhu.. kawe rajin masuk blog org tamil.. haha.. spatah haram kawe x pahem.. google translate pun.. cam hampeh je..

Ezad Skytech berkata...

mujur english...paham la jugak kan..(^^,)

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

wahhh ! mana nak cari blogger chinese ni ?

M Firdaus Mohd berkata...

memang sangat betul, aku baca kat innit nuffnang, serius rasa macam kita ditarik masuk dalam dunia mereka.

 
Related Posts with Thumbnails