Jumaat, 2 September 2011

Mari Cuba Belajar Hasilkan Entri Seo

Ok terlebih dahulu aku nak cakap bahawa apa yang diberitahu dalam entri ni mungkin banyak yang salah kerana aku masih lagi dalam proses pembelajaran. Kepada blogger yang lebih mahir HASILKAN ENTRI SEO, boleh perbetulkan aku di ruangan komen. :)


Ada ramai blogger yang masih tak tahu mengenai entri seo terutama sekali blogger yang masih baru dan juga yang lebih tumpukan blog peribadi. Bagi yang tak tahu lagi, maksud SEO itu sendiri adalah Search Engine Optimization. Senang cerita dan ringkasan semua sekali, entri seo ni bertujuan meletakkan entri kita di halaman pertama enjin carian Google / Yahoo apabila kita search sesuatu.

Tapi kalau entri kita dapat berada di top list pada halaman pertama lagi bagus dan itu menunjukkan entri kita hasilkan mesra seo. Bagi yang masih kabur dan tak nampak apa yang aku cuba cakapkan, boleh tengok gambar di bawah :

Dengan menggunakan keyword carian " tingkatkan pageview " anda akan nampak entri blog Firdaus Life di senarai pertama pada halaman pertama. Itu maksudnya entri yang dihasilkan itu adalah mesra seo. Mari cuba tengok gambar ke 2 pula di bawah ni :

Menggunakan keyword " Justin Bieber Kemalangan " Entri blog Firdaus Life berada di senarai yang ke 4 pada halaman pertama. Apa yang penting adalah keutamaan meletakkan entri kita di halaman pertama enjin carian. Kenapa di halaman pertama dan tidak di halaman ke 2 dan juga ke 3 ?

Biasanya pengguna internet hanya akan melihat pada 10 senarai carian yang pertama pada halaman pertama. Jadi sangat penting meletakkan entri kita pada halaman pertama supaya dapat membawa trafik ke blog kita.

Ok cukup pada pengenalan, mari kita masuk pada isi yang mahu dikongsi. Dalam menghasilkan entri mesra seo, entri yang panjang merupakan entri yang lebih mesra seo. Oleh itu jika nak hasilkan entri mesra seo, hasilkan entri yang panjang sekitar 4 atau 5 perenggan. " keyword " atau kata kunci sangat penting kerana keyword itulah yang akan digunakan oleh pengguna enjin carian untuk mencari sesuatu.

Yang ni memang dah ramai tahu bahawa keyword itu sangat penting. Persoalan utamanya adalah, berapa banyak keyword yang perlu digunakan dalam suatu entri supaya mesra seo ? Ajaran sesat dalam Seo mengatakan perbanyakkan keyword dalam entri yang dihasilkan boleh menjadikan entri tersebut mesra seo.

Kenapa aku kata banyakkan keyword adalah ajaran sesat ? Kerana Google atau enjin carian lain akan menganggap ia sebagai SPAM apabila keyword yang digunakan sangat banyak dan berulang dengan melampau. Apabila enjin carian mengesan Spam keyword dalam suatu entri, maka amatlah susah bagi enjin carian meletakkan entri anda dalam senarai carian mereka.

Jadi dengan menggunakan ilmu yang aku baca di blog Faizal Fredley , jumlah keyword yang sesuai perlu ada dalam suatu entri tu hanya sekitar pada kadar 2% hingga 3% keseluruhan entri. Yer 2% hingga 3% itu sangat sedikit tapi itulah yang akan menjadikan entri tersebut mesra seo. Lagi sedikit keyword, lagi mesra seo kerana ia tidak dianggap sebagai spam keyword.

Sekarang dah jelas mengenai kadar penggunaan keyword dalam suatu entri. Sekarang mari tengok contoh macam mana nak aplikasi penggunaan keyword dalam entri supaya terhasilnya entri seo.


Tajuk entri : Laptop Acer Mudah Meletup dan Terbakar Akibat Overheat

Betol ke isu mengenai Laptop acer mudah meletup dan terbakar apabila mengalami overheat ? Yang ni aku pernah dengar cerita daripada beberapa orang kawan bahawa memang benar ada laptop acer yang mengeluarkan api apabila mengalami situasi overheating atau kepanasan melampau.

Ok dalam entri di atas, aku bold perkataan " laptop acer mudah meletup dan terbakar " kerana itulah keyword yang aku cuba pertaruhkan dalam entri yang dihasilkan. Seterusnya untuk perenggan ke 2 dan ke 3 anda tidak perlu lagi bold keyword yang sama. Cukup dan memadai hanya bold keyword tu di perenggan pertama. Kalau keyword tu buat huruf besar ( Uppercase ) pun lagi bagus beserta dengan bold.

Rasanya setakat ni sahaja mengenai cara hasilkan entri seo. Aku hanya sentuh bahagian keyword kerana ianya bahagian yang paling penting dalam menghasilkan entri seo. Nanti kalau aku rajin, aku post pula pasal penggunaan gambar dengan menyokong keyword utama dalam sesebuah entri.

p/s : Ada kesilapan, teguran dan pandangan boleh di beritahu melalui komen :)

Comments
16 Comments

16 ulasan:

azrin rahim berkata...

ayie biasa men seo dengan entri tutorial..alhamdulilah berkesan jugalah.. hehe

Zul Fattah berkata...

entahla Oh.. kawe x tahu.. layan je.. apa-apapun.. tima kasih r, kawe try dulu cuba..

sergeant keroro berkata...

aku pon tak tahu sangat. haha XD

RinsyaRyc berkata...

errr... **
maseh blurr.. APe=apepun, tq tau^^

EyqaLuvender berkata...

waaaa...nice entry bro!
kte suke.
seswai sgt la sbb kte ni bru rajen nk ber belog.
macehh ya!

Farhan Hanif berkata...

wah...nice tips...mmg selama ni aku belajar dari ajaran sesat kot...byk gila keyword sama aku bold kan dalam satu entri...hahaha

Cik Leen_Dewi Syifa berkata...

wow..sy pun bru taw psl nie..nice ..gud job bro!!

My Name is Mar berkata...

Ooooo... Aku main tulis je kottt....
BTW, macam mana pula kalau dalam 1 entri ada banyak Caps Lock?
Huhuhu...

Freaky berkata...

banyak caps lock ? haha tak tau la mar. x pernah tgk lagi

Siti Nadzirah Zakariah berkata...

salam..maksudnye kita cuma taip ayat tu buruf beso ngn bold je lah eh dlaam entri kita uh ? macam uh ? tapi tok sah banyak2 ? cam abang wat kat atas tu "HASILKAN ENTRI SEO" tu ? cm tu eh ?

Freaky berkata...

yer macam tu je.. jangan banyak nanti spam keyword plak

faridah nazurah berkata...

haha selama ni memang blurr psl ni even wan mejeuz pernah explainkan. then harini baru betul2 paham. hohoho thanks... haaa bagi tipsss lagi.. macam best je.

jangan marah ye :) chill

Ezad Skytech berkata...

aq pon masih blur2 lagi pasal SEO ni..haha~

Asyikin berkata...

tahu pasal benda nie, tapi tak tahu pulak nama dia SEO. hihi

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

wah !! baru Tia tauuuu . hehe .. nanti nak cuba lah .. sebelum ni Tia buat keyword banyak2 .. hahaaa !

ijA berkata...

oo...

 
Related Posts with Thumbnails