Khamis, 15 September 2011

Manchester United Akan Menurunkan Pemain Berpengalaman

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menegaskan yang beliau bakal menurunkan ramai pemain berpengalaman pada aksi Liga Juara-Juara di Benfica awal pagi esok.
Ferguson tetap menaruh kepercayaan kepada pemain berpengalaman meskipun barisan pemain muda skuad itu beraksi cemerlang pada awal kempen musim ini.

Sebelum ini, penggendali dari Scotland itu memberi peluang kepada Chris Smalling, Tom Cleverley dan Phil Jones yang merekodkan empat kemenangan dalam kempen Liga Perdana England.

Bagaimanapun Ferguson berkata, kejohanan kelab elit di Eropah ini adalah sesuatu yang berlainan.

"Pasukan saya di Lisbon mungkin berbeza dalam isu pengalaman," kata Ferguson.

"Kami turut mendapat semula khidmat Darren Fletcher yang kembali cergas. Dia keli- hatan baik dan bermain dengan baik bersama Scotland minggu lalu.

"Saya fikir, kami perlukan ramai pemain berpengalaman dalam perlawanan ini.

"Perkara yang paling penting adalah kualiti. Menentang Ben- fica di gelanggang lawan adalah satu perlawanan yang perlu dihormati."

Pemain tengah, Cleverley tidak dapat bermain pada aksi pembukaan Kumpulan C ini selepas mengalami kecederaan ligamen ketika United membela- sah Bolton Wanderers 5-0 pada Sabtu lalu.

Tempat Cleverley bakal diganti Michael Carrick iaitu pemain berpengalaman yang dikatakan oleh Ferguson, manakala Flet- cher juga tidak asing lagi dalam kempen Liga Juara-Juara.

"Saya fikir, perkara paling sukar yang kami hadapi adalah untuk memilih pemain tengah dalam setiap perlawanan," kata Ferguson.

Baca Selanjutnya <<<

Comments
2 Comments

2 ulasan:

Ini Kisah Tia berkata...

waa , bola .. huhuu

Zul Fattah berkata...

aku x minat MU.. haha.. tp aku cuma minat hernandez.. hhah

 
Related Posts with Thumbnails