Jumaat, 30 September 2011

Lu Nak Curi Selipar Gua Ka ?

Selesai sahaja menunaikan solat jumaat, aku masih lagi berada di atas masjid sambil melihat manusia berpusu-pusu meninggalkan masjid. Kebanyakan yang hadir ke Masjid Kuala Perlis ini terdiri daripada pelajar UniMAP. Semasa sedang termenung dan berkhayal, pelbagai gelagat manusia yang aku dapat tengok di masjid tadi selepas selesai solat jumaat.

Ada yang sedang berborak, ada yang menunaikan solat sunat, ada juga yang berlari dengan riang ( kanak-kanak ). Selesai sahaja aku meng-aminkan doa,  aku lihat sudah ramai orang yang meninggalkan masjid dan ada juga yang masih bersembang di bahagian tepi dan belakang.

Dengan muka yang blurr dan bodoh, aku menuju ke bahagian tangga dengan mengikuti langkah kawanku untuk pulang ke rumah. Sesampainya aku ditangga, aku memerhati dan terus memerhati mencari selipar yang telah aku parking di kawasan tangga tadi. Hairan.. aku tidak jumpa selipar aku. Memang benar kepala otak aku masih segar dan ingat bahawa disini lokasi aku parking selipar tadi.


Semasa mata aku meliar mencari selipar yang hilang, ada seorang brader yang pakai jersi Arsenal di tepi aku. Dia berdiri tegak macam tunggul kayu tanpa bergerak.

" Eh apa hal brader ni ? Ketepi la sikit aku nak cari selipar ni. " Getus hatiku.

Dalam kekalutan dan kesibukan aku mencari selipar sambil mata memandang ke bawah, berbagai sumpah seranah aku lafazkan dalam hati.

" Jahanam !!! Celaka mana yang curi selipar aku ni !! "

Aku tidak mahu putus asa dan teruskan mencari selipar yang aku sayang tu. Sudah setahun lebih selipar tu bersama dengan aku. Segala pahit manis dilalui bersama. Mana mungkin aku akan biarkan ia hilang dengan begitu aja.

Semasa mata aku berpusing mencari selipar, entah kenapa tiba-tiba mata aku terpandang pada kaki brader itu yang agak hitam dipenuhi dengan bulu kaki yang lebat.

Aku nampak brader yang pakai baju Arsenal tu macam pakai selipar aku. Ishh brader ni apedehal pulak pakai selipar sama macam aku. Maka aku beranikan diri dan cuba bertanya dengan brader tadi.

" Brader, brader... boleh tak gua nak tengok selipar brader ? Selipar gua nak sama macam selipar brader la " ( ceeehh tipu la kan nada pertanyaan macam ni )

Brader itu pun menjawab :

" Eh ni selipar bro ke ? Gua saja pakai jap sementara tunggu kawan gua datang. Selipar gua hilang. Nah ambil balik selipar bro " ( sambil tersengih macam kerang busuk )

Bahasa mencarut apa yang dituturkan oleh brader ni ? Tunggu kawan sambil pakai selipar aku ? Kalau kawan kau datang maknanya kau blah sambil pakai selipar aku la jawabnya ? Bodoh benar jawapan brader tu. Rasa macam nak ketok je kepala dia dengan selipar aku.

p/s : lain kali nak curi selipar terus blah bila dapat.. Ngeeeeee

Comments
9 Comments

9 ulasan:

ANISA berkata...

paham giler perasaan ni...pernah kena...last2 kena berkaki ayam balik masjid..nasib umah dekat..suh member cover kn...nnt org pandang...malu2...

Fay berkata...

kalau g masjid n tym umah ade kenduri mesti selipar hilang.. hehe

Shaherah berkata...

brader uh sengal.. tak pandai menipu.. hahaha..

Bro ahmad berkata...

pakai selipar buruk je hmmm

kiz berkata...

mana ler tahu kalau betul dia tunggu kawan dia..huhu..kalau aku selipar masjid memang khusus..memang tak der sapa yg nak ambil..selipar singgit setengah tu yang aku pakai..dah sumpik plak tu hujung tumit dia..haha..sapa nak kan.buruk..(tips) kalau tak segan pakai selipar buruk leh le cuba.

Lia Irdelia berkata...

wahahhaa.. kejadian yang akan sentiasa berlaku kat mana2.. :)

peNulis SeNjA berkata...

ko tumbuk je

IMANSHAH berkata...

sabariah!!

Ezad Skytech berkata...

brader tu baru amatur kot..tu yg kurang bijak sikit nak menipunya..haha~

 
Related Posts with Thumbnails