Isnin, 12 September 2011

LOL Spam Emel Dalam Bahasa Melayu Pulak

Sepanjang 13 tahun aku mengenal dunia internet dan sejak tahun 2002 aku mula kenal dengan emel, semua jenis spam emel dah pernah aku terima, aku baca dan hayati kebodohan yang nyata terdapat dalam spam emel tu. Tapi tadi bila aku cek emel, ternyata wajib dan pasti ada paling kurang 1 spam emel yang masuk.

Pada fikiran aku, sudah tentu la emel spam ni menggunakan bahasa inggeris. Tapi emel tadi menggunakan Subject : Assalamualaikum.. Bila nampak je salam sebagai subject emel tu, aku tak fikir itu adalah emel spam. Mungkin ada orang hantar emel kepada aku untuk sesi berkenalan atau berbual bicara.

Kemudian aku buka la emel tu. Bila baca aku rasa sangat menyampah pula kerana ternyata ia spam emel dalam BAHASA MELAYU !!! Serius macam tak percaya je sekarang spam emel pun dah ada dalam bahasa melayu. Seperti biasa aku tak sembang kencang, jom baca spam emel yang aku terima ni :


Assalamualaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Marbella Ramon from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini.

Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.


Salam,


Puan Ramon Marbella.

Balas kepada: marbella_ramon1@yahoo.com

Pergghhh mantap gila Baii ayat dalam emel ni. Siap ada perkataan Allah lagi tu. Ayat dalam spam emel pun sembang kencang berapi punya. Keh keh keh 2 juta POUND ye ? baik sedekah kat kebajikan masyarakat je. Tak payah send emel kat aku pun :P

p/s : Sila berhati-hati terhadap emel yang anda terima :)
Comments
10 Comments

10 ulasan:

faridah nazurah berkata...

hahaha kat yahoo dgn gmail tu dah beribu unread email. setakat baca yg memang betul2 penting je. yg lain tu biarkan aje. spam email sekarang ni banyak kemain..

SyUhAdA berkata...

agak ar..skang mmg spam dlm bm plak..
mcm2 btol org nak kenakan org nie..huhu~

zareliqa afiqa berkata...

hahaha..penah dpt jugak arie tuh.tak memasal jep nak bg owg duit.cehh~ingt kita ni ngek sngt agakny.spammer2..:D

Ezad Skytech berkata...

sekarang ni da makin advance ye si spammer2 emel ni...da ada emel dalam BM tu...huuu...kena hati2..

Syazwan Che Deraman berkata...

heheh..macam macam sekarang ni.

PeRmAtA bIrU berkata...

emel macam nih memang kerap sangat ada... tapi saya belum pernah dapat yang bahasa melayu... huhu

kiz berkata...

kah kah..hebat dan poyo sungguh susanan kata-kata

Saiazuan berkata...

haha macam2

Zul Fattah berkata...

mak aiii..aku nk r bro.. 2 juta tu.. huhu..

Luqeem™ berkata...

cube ko balas tanya saya nak duit tu..tgk dia kata ape..hehe

 
Related Posts with Thumbnails