Rabu, 28 September 2011

Kasut Baru.. Woohooo

Alhamdulillah aku dah selamat sampai di kolej kediaman selepas meredah hujan yang agak lebat di negeri Perlis yang indah ni. Kalau berterusan hujan macam ni lagi esok, boleh naik air kat sawah padi dan juga bandar Kangar tu. Kesian betul Perlis ni asyik banjir. Yang paling kesian orang kampung yang rumah mereka ditenggelami air. Serius dah banyak kali aku nampak tragedi banjir di Perlis ni.

Ok habis mukadimah dan pembuka bicara. Setelah sampai ke kolej kediaman, maka dengan segera aku telah membuka kotak dan bungkusan kasut yang baru di beli. Ehem sekali aku tibai 2 pasang kasut beb. Errgghh nafsu menggoda aku supaya beli 2 kasut iaitu untuk pergi ke kelas dan juga untuk berjogging.

Mari aku nak share sikit gambar kasut yang aku beli tadi. Takde la cantik sangat sebab yang ni murah je. Nak beli mahal kalau hilang lagi memang menangis tak berlagu la aku jawabnya. 


Ni jenama Everlast. Hurmm tak pernah dengar pun Everlast ni. Ahh lantak la tak terkenal pun. Kalau beli Nike / Adidas memang konfem la senang nak kena kebas dengan pencuri lagi. Oh ya ini kasut untuk bawak pergi ke kelas menggantikan kasut aku yang telah dicuri tu.. kesian kasut aku kena curi :(  .. aku sayang kasut Nike yang kena curi tu :(


Ni pula untuk kasut sukan. Kali terakhir aku ada kasut sukan adalah 2 tahun lepas masa mula-mula masuk UniMAP. Lepas tu kasut tersebut hancur sebab main ganas sangat. Sampai lunyai kasut tu. kesian dia. Yang baru ni aku beli untuk buat joggging dan berjalan-jalan di sekitar sawah padi je. Haaa untuk beriadah.. Susah betul nak cakap beriadah.

Ok tu je untuk kali ni. Terima kasih kerana sudi lawat blog Firdaus Life ni. Jumlah LIKE di fan page pun bertambah pada setiap hari walaupun hanya 1 Like 1 Hari. Well ok la tu ada 1 Like sehari daripada tiada langsung kan ?

Comments
12 Comments

12 ulasan:

Ezad Skytech berkata...

Everlast tu agak popular jugak la freaky..mungkin tak familiar sgt kot..tapi aq pernah dengar la..hee~

Nike ke yg kena curi tu..?
Sayang kot..nike tu..

Shaherah berkata...

everlast macam converse jek.. cuma kurang orang pakai.. tapi shera suka semua brand2 everlast.. terutama baju everlast.. cantik.. slesa.. ^_^

aimie amalina berkata...

freaky..
mimi ase pas ni kene boh man gga paling berat taww
hayoooo....nanes lag la kalo kene lag pas niii
btw
cntiknyeeee kasutt =]

SoLy SoLicious berkata...

pergh...kasut baru tu..

ieyza afieyna berkata...

pergh bau kedai la.. huhu

tau xpe,, bila bnjir kesian budak2 uitm perlis nie tau.. sob2..

3 sem kt sini, tiap2 sem bnjir..

memang mcm tue ke ek kt perlis?

peNulis SeNjA berkata...

aku nk curi ko nyer kasut .. lantak kau lah kau bole ke tak

sergeant keroro berkata...

muat saiz aku tak? HAHA

Saiazuan berkata...

pergh untong la..haha pinjam!!! ;p

mas saari berkata...

takpe pakai kasut takde brand, janji cantik dan tahan lama!

HAFIZAL berkata...

wah ....beli sampai 2 kasut...duit dari berbloging ker..???

RedVixen berkata...

alang2 dah ada dua, pass la kat aku 1... hehehehe

Bigdaddyz berkata...

lain beli rantai dan kunci sekali...

 
Related Posts with Thumbnails