Ahad, 4 September 2011

Jerman Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan Akhir EURO 2012

Jerman – Jurulatih Jerman, Joachim Loew tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira selepas skuad bimbingannya itu menjadi pasukan pertama berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2012.

Jerman mengesahkan slot ke Poland-Ukraine selepas mencatat kemenangan 6-2 ke atas Austria awal pagi semalam.

Kemenangan itu adalah yang kelapan berturut-turut, sekali gus membolehkan skuad bimbingan memimpin kedudukan teratas dalam Kumpulan A dengan mengumpul 24 mata, 11 mata di depan Turki.

“Kami telah melayakkan diri ke pusingan awal tanpa mempersia-siakan peluang,” kata Loew yang akan berkunjung ke Poland untuk menghadapi satu aksi persahabatan esok.

Jerman akan melengkapkan saingan dalam Kumpulan A bertemu Belgium dan Turki pada aksi kelayakan bulan depan.

Baca Selanjutnya di Sini .


Aku pun peminat pasukan Jerman juga jadi aku nak ucapkan Tahniah buat Jerman dan semoga terus menang dalam perlawanan akan datang. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Tahun depan sudah bermula EURO 2012. 2 tahun kemudian FIFA pula akan menyusul.


Comments
2 Comments

2 ulasan:

Cik Siti Aziz berkata...

wee~ jerman~ oezil~haha suke~

blogger newbie berkata...

pasukan peberet ni bro. dalam hati tiap tahun ekekkeek

 
Related Posts with Thumbnails