Sabtu, 3 September 2011

Isu Gambit Saifullah Lagi ?

Isu ni berlaku sejak beberapa hari lagi tapi saja aku pun sibukkan diri nak olah juga isu yang kononnya hangat ni ? Kenapa hangat ? Kerana banyak blog duk buat entri pasal Gambit sejak kebelakangan ni. Tapi entri yang blogger buat pun sebenarnya lebih kurang je dengan perangai si Gambit tu.


Maaf la kalau aku cakap ada sesetengah blogger sangat cetek akal apabila buat entri maki dan mengata Gambit Saifullah itu bodoh dan berbagai tohmahan lagi. Kenapa aku cakap cetek akal ? Sebab mereka mudah tersentap tanpa berfikir terlebih dahulu.

Yang jelas Gambit memang sudah nyata tidak cerdik dengan mengeluarkan kata-kata yang agak kasar dan melampau TAPI kita sebagai blogger yang mudah sentap ni pun turut sama menjadi Tidak Cerdik seperti Gambit dengan mengeluarkan entri yang memberi tohmahan kepada Gambit pula.

Kenapa mudah tersentap dan mengeluarkan entri berbagai tohmahan kepada Gambit ? Adakah korang betul-betul musuh dia sampai terasa panas seperti baru makan lada / cili ? Kalau betul tak suka dengan statement Gambit tu pun. Baik buat rilek je. Tak payah nak sentap sangat la.

Kawan-kawan sendiri pun ada yang panggil korang dengan panggilan kasar kan ? Tapi korang masih boleh rilek lagi. Itu baru Gambit yang keluarkan statement macam tu dah gelabah dan sentap.

Buat rilek sudah. Biarkan Gambit dengan ketidak pandaian dia tu. Jangan kita pula blogger turut sama jadi Tidak Cerdik macam si Gambit tu dengan buat entri macam-macam tohmahan.

p/s : Gua tersentap Nyah !!

Comments
6 Comments

6 ulasan:

eszyamin berkata...

mak sentap la nok!!

hira berkata...

ada juga nampak blogger buat entri ni. tapi malas nak ambil tahu. hahaha :D

aiman berkata...

hoh.. ku 1st time jumpa entri ni.. nampak sgt xjalan2.. haha..

Freaky berkata...

hu hu hu =_=

sergeant keroro berkata...

sentap maknak, HAHA

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

tak sentap sebab tak like dia pun . hahaa ..

 
Related Posts with Thumbnails