Ahad, 11 September 2011

Idea Sekali Harung

Nak update post di blog sangat mudah. Tulis je " saya dah makan " kemudian terus tekan publish. Haaa siap la update blog. Bukan susah sangat pun benda ni. Kacang pun tak mudah macam ni tau. Tapi bila takde orang masuk baca jangan gelabah dan penin pula duk tertanya-tanya pasal apa jadi macam ni.

Aku tahu memang sangat susah dalam bab update blog terutama sekali part yang idea tu. Susah wooo nak dapat idea lebih-lebih idea yang original datang daripada pemikiran kepala otak kita sendiri. Kalau susah sangat, macam mana nak dapatkan cara yang senang ?

Yang tu aku sendiri pun tak tahu kerana aku hanya tulis ikut apa yang bermain dalam fikiran je. Kadang-kadang tu sekali harung dah siap post untuk update. Kadang-kadang juga kena sampai 4 atau 10 kali harung baru la 1 post siap. Nampak betapa susah sebenarnya kan ?

Tapi itu bagi diri aku. Lagipun setiap orang ni kan berbeza dan masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Mungkin ada je yang update blog dengan buat 1 post sekali harung dan dalam masa yang singkat. Siapa tahu kan ?

Sekarang ni pun aku hanya buat post sekali harung je sebab malas nak fikir banyak. Maaf la kalau post ni banyak sangat merepek benda yang tak berguna kerana memang blog aku ni tempat untuk aku merepek.

Nak merepek tu boleh tapi jangan sampai melampau sangat sampaikan buka pekung di dada sendiri dan hanya tahu menaip post menghentam je. Nanti bila dapat susah baru la tahu tinggi langit. Itu baru dunia, di Sana nanti macam mana ?
Comments
11 Comments

11 ulasan:

Tulus Sweet berkata...

malu jugak kadang2 update blog macam tak matang je..huhu

fiq. berkata...

kadang2 xde idea, biarkan aje blog

tapi rasa gelisah, tu lee...

Wanz Mejuez berkata...

aku ada idea nak menaip entri selepas bangun tido.. sebab aku bermimpi sambil fikirkan idea untuk blog.. ahahaha

kekadang menjadi.. >_<

Luqeem™ berkata...

haha..tips berguna ni!..:P

aku klu ada tjuk post best aku buatdraft dulu..fkir bnyk kali klu post tu ada pros n cons..

Kak Yatie berkata...

betul tu, kadang2 kering ideakan? tapi tak apa kalau merapu yg masih diterima akan di baca haha

Anif Abdullah| AA berkata...

ada tu terpaksa buat post yg berepisod sebab dah xde idea.. kena relevan jugak la kan..huhu

kiz berkata...

update secara spontan je..kalau tak der yg terfikir biar je bersawang..haha

schaze zainn berkata...

kalo takde idea selalunya biarkan dulu.

bile dah ade idea baru update..hikhik

gedek! berkata...

kalau pendek2 macam 'saya dah makan' tu, baik tweet je....

kan?

Ezad Skytech berkata...

kalau tengah takde idea nak post apa..biar je dulu...heee~

[sutera kasih] berkata...

kalau belum ada idea nk pos, repost je so up jgk kt bloglist :P

 
Related Posts with Thumbnails