Rabu, 28 September 2011

Hujan lebat di perlis

Hooyeah kelas 4 jam yang bermula pukul 10 pagi tadi telah pun habis. Sebenarnya 2 jam je kerana lagi 2 jam pensyarah tak masuk. Tak tahu kenapa aku rasa semester ni kelas hanya makan masa beberapa jam saja. Kalau yang sem lepas aku rasa dalam sehari tu ada sampai 5 jam lebih kot. Awal-awal dulu lagi dasyat, keluar 8 pagi balik 6 petang. Pergh padat gila jadual. Ok dah habis sembang pasal kelas. Nak cakap pasal apa pulak lepas aku ni aku tak berapa nak tahu. Petang ni cakap pasal cuaca la pula kerana cuaca di perlis tak menentu sekarang.

Perlis sekarang ni asyik hujan dengan lebat. Tapi pagi tadi cuaca panas terik je. Lepas beberapa jam, awan mendung mula datang dan pemandangan pun dah jadi gelap. Tak lama lepas tu hujan pun turun dengan lebatnya. Ehem hujan lebat mesti la tarik selimut dan tidur dengan aman. Tapi takde la aman sangat kerana atap bilik aku bocor dan aku rasakan air hujan menitik semasa aku menikmati tidur.

Demn !! Kacau betul aku nak tidur. Dah la air hujan tu sejuk gila lepas tu menitik pula atas muka aku. Memang sah terjaga dengan terkejut la jawabnya. Tapi walaupun atap bilikku bocor, takde la teruk sangat umpama mangsa banjir kat perlis ni. Aku tengok rumah mangsa banjir habis ditenggelami air sampai paras pinggang dan dada. Ni pun masih lagi musim hujan di perlis. Harap2 la banjir besar tak menimpa lagi negeri perlis. Kesian tengok mangsa banjir.

P/s : alhamdulillah kuala perlis tak banjir tapi bahaya juga dekat dengan laut. Ngeee

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Comments
9 Comments

9 ulasan:

zareliqa afiqa berkata...

ujan2 best tido.huhu

aimie amalina berkata...

hayoooooo
moge ujan tak menenggelamkan lagi perlis..insyaAllah
heee..ye x bg tido la tuuu
hehehehe

Finaz Jaafar berkata...

huhh hujan ni mmg la sedap sbb sejuk tp tkut je banjir ke haperr..kan?

ieyza afieyna berkata...

kat arau x hujan.. mendung je.. hee

RedVixen berkata...

rain rain go away ~

Zul Fattah berkata...

pindah bilik lain r Oh.. rmah gu kawe bocor jugak.. sek dio pindoh rumah r.

FaKArePa!n berkata...

untungla.. aku start keje kul 7.30 pagi, balik kul 7.30 mlm.. 12 jam tu.. huhuh

sergeant keroro berkata...

hujan kot, sedap tido. haha

kiz berkata...

hujan ka..sini panas terik.

 
Related Posts with Thumbnails