Khamis, 22 September 2011

Huiyooo Freemason Tu | Whatever LOL

konsert Search yang dikatakan mempunyai agenda Freemason.

Kadang-kadang aku terfikir sama ada benar atau tidak bahawa Freemason ini wujud ? Dulu heboh dalam mastika dan media prima mengenai kewujudan Freemason yang dikatakan ingin menguasai dunia secara senyap dan menyuntik unsur dan elemen mereka ke dalam hiburan, senibina, pembelajaran dll  ( Whatever LOL ). Tapi boleh jadi juga bahawa semua tu adalah bullshit dan sengaja direka untuk menakutkan umat manusia yang lain. 
Ehh Firdaus, dah banyak bukti yang ditemui sekarang tau.

Bukti ? bertulis, bergambar dan sejarah ? Semua tu boleh dicipta dengan sempurna sepertimana wujudnya sebuah cerita yang mana plot dan aksinya dicipta serta direka dengan cukup sempurna oleh pakar-pakar yang ingin menakutkan umat manusia yang lain tanpa ada sebarang cacat cela.

Tapi takkan la begitu banyak sekali bukti yang dijumpai ?

Seperti yang aku cakap tadi, bukti boleh dicipta dengan sempurna dan boleh dibuat dengan begitu banyak. Semuanya demi membuatkan manusia percaya akan wujudnya agenda dan aktivis ini maka tidak mustahil untuk mereka sengaja mengadakan atau mencipta bukti-bukti yang kononnya sangat benar dan tepat.

Tapi aku bukan nak sembang pasal benar atau tidak agenda dan pertubuhan Freemason ni. Cuba kita lihat dengan teliti, apabila isu Freemason ini keluar di kaca tv dan menjadi bualan orang ramai, hanya manusia yang bodoh dan dungu sahaja akan berasa takut dan gentar dengan semua ini. Even aku yang bodoh ni pun turut percaya akan semua agenda mengarut ini.

Cuba teka siapa yang paling tenang dengan isu ini ?

Jawapannya adalah para Ulama. Isshh kenapa pula mereka boleh tenang sedangkan ada pihak dan musuh islam cuba menguasai dunia dan menjatuhkan agama-agama yang wujud dalam dunia ini ? Para Ulama ni semua tidak takut ke ? 

Jika ditanya kepada para ulama mengapa mereka boleh bertenang dengan isu ini, hanya ada 1 jawapan sahaja yang akan terpacul dan membuatkan kita semua akan diam dan berfikir dengan teliti menggunakan otak yang waras. Jawapan para ulama pendek sahaja :


"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku."
(HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)--- Sumber
 
Comments
7 Comments

7 ulasan:

Eera Shera berkata...

ade jugak betulnye..

Cik Kasih berkata...

freemason ni xde pape pon sbnrnya..mmg btol kata ulama' tu..kalo kite brpegang pd dua tu,xkan kita nk join skali bnde tu an?tp mslh skrg ramai gak yg trpengaruh..hmm~

Zul Fattah berkata...

betul jugak.. kan..? tp tempat aku, Lion CLub, ini slah satu cabang freemason.. slalu tolong org, nk tunjuk org yg xde agama pun, boleh hidup di dunia

eszyamin berkata...

ramai org kita ni bukan takut dgn agenda fremason tu, illuminati la bagai..sbb semua bnda dh trtulis..dn aku percaya dgn agenda trsebut, agenda yg mahu mnjatuhkan islam..sbb dlm al-quran pon dh trtulis kn..cuma kita takut sbb berapa ramai yg tidak sedar akan kewujudan mereka, dn sampai bila kita mahu terus trtipu dgn mereka..itu yg ditakutkan sbnrnyer..mana taknya sejarah dunia dr dahulu pon meraka yg gubal...so jgn la pulak smpai tak ambil tahu psl bnda ni sume..ada pntingnya jugak..

My Name is Mar berkata...

Kadang-kadang aku terfikir..
kalau ada segi tiga pun dikira freemason ke??
Kalau macam tu, sandwich pun jgn ar mkn sebab dia segi tiga..
hehe..

RepublicAku berkata...

aku tak takut dgn fremason kerana aku tahu peel mereka cuma yg aku paling takut sekarang perangai org islam...ntha apa2 kejadah la ni...

anamizu berkata...

bahaya die besar sbnrnye.. pd yg IMAN kuat,alhamdulillah la mungkin payah utk terpengaruh..tp pd yg x brp nak tebal IMAN,wahhh x sggup nk bygkan :(






cik anamizu.

 
Related Posts with Thumbnails