Selasa, 20 September 2011

Hantu Ni Nak Mengusik Aku Ke ?

Lupa nak cerita pasal ni masa post pagi tadi sebab sibuk dengan nak pergi ke kelas. Semalam dalam pukul 2 pagi aku masih online dan semua penduduk dalam rumah aku ni pun dah tidur semua. Masa tengah online, tiba-tiba ada bunyi perlahan yang agak pelik seolah-olah bunyi getaran.

Aku pun cari la mana bunyi perlahan tu. Cari punya cari akhirnya jumpa juga dari mana datangnya bunyi tu. Rupanya bunyi tu datang daripada botol air mineral spritzer kosong yang sedang bergoyang. Jap !!! kenapa botol tu boleh bergoyang derrrr ? Lu jangan saiko gua la wahai botol spritzer yang kosong.

Lepas tu aku buat tak tahu je dan sambung blogwalking macam biasa. Tiba-tiba makin lama bunyi botol tu tak berhenti pulak. Haishh botol spritzer ni dah saiko habis jiwa aku. Aku pandang je kat botol spritzer yang bergoyang tu tapi langsung tak berhenti. Perrgghh ni ape kes goyang tak berhenti ni ? Aku dah kecut perut habaq hang.

Aku cepat-cepat offline , tutup laptop, tutup lampu, tutup kipas dan terus masuk tidur. Semalam aku tidur tak nyenyak sebab duk fikir pasal botol tu bergoyang tak berhenti. Hantu ke yang goyang ? ishhhh takkan la hantu nak teman aku online ?

Petang tadi lepas balik kelas, aku online di tempat semalam. Dalam 10 minit kemudian, aku nampak botol tu bergoyang semula sambil ada bunyi perlahan. Demn !!! takkan la siang hari pun ada hantu jugak ?

Aku buat tak tahu kat botol tu dan malas nak tengok. Siang hari takpe tak takut sangat. Kalau malam baru takut. LOL .. Tiba-tiba masa aku tengah khusyuk tengok laptop, datang angin yang kuat masuk melalui pintu rumah aku. kemudian aku tengok botol tu jatuh kena tiup angin.

Padan muka dengan kau botol. Siapa suruh bergoyang tak berhenti. Kan dah jatuh kena tiup angin. Aku tak pergi angkat botol tu. Takut juga bila angkat nanti dia bergoyang lagi. Kalau bergoyang lagi yang takutnya adalah aku. Ngeeeeee
Comments
10 Comments

10 ulasan:

kizmyself berkata...

kenapa apakah begitu...huhu. getaran gempa tak..

mas saari berkata...

ada jin apret kot dalam botol tu...hehehehehe

faridah nazurah berkata...

haha penakut jugak rupanya... kelakar lah. kalau sy terus angkat dan campak je keluar. lagi senang. mesti dah tak takut .

sebenarnya 'dia' nak bg signal suruh jgn tidur lambat tu :P

Ezad Skytech berkata...

aq pon pernah jugak terjadi macam tu freaky...tu tandanya suruh tidur awal la tu....hee~

[sutera kasih] berkata...

botol tu nk kentut la freaky sbb tu la asyik goyang hehe

syazwani 'atiqah berkata...

botol tue goyang sbb xstabil then kene tiup angin kot..hahaha

Eera Shera berkata...

haha...tido lmbt lagi..die nak join online jugak kot

ekin tajudin berkata...

btul cakap ezad tu..maksudnya suh tdo awal la tu..tapi siang2 pon terpaksa tdo jugak ke bila tengok encik spritzer goyang??kikiki

Saiazuan berkata...

dia nak geli2 ngan ko kot? hehe

azrijohan berkata...

aiseh,aku lak yang cuak nihh

 
Related Posts with Thumbnails