Jumaat, 16 September 2011

Halamak Nak Demam Tapi Nak Makan Steamboat

Dalam minggu ni jiran aku, Sergeant Keroro yang jatuh sakit. Kesian pulak kat dia. Sakit sampai tak dapat nak online dan bersawang blog dia. Mujur la beberapa hari ni ada nampak jugak dia update blog dan dia pun nampak macam sudah semakin sembuh.

Dalam minggu ni juga roomate aku kena selsema. kalau tak silap dia kena selsema dalam beberapa hari yang lepas kot. Semalam aku pula rasa tak sedap badan. Badan rasa sangat lemah dan panas lepas tu kerongkong rasa sakit je. Bila rasa pelik macam tu, aku dah minum air masak banyak sikit supaya badan jadi sejuk dan dapat lawan kepanasan cuaca di Perlis ni.

Tapi ternyata hari ni badan aku rasa lebih teruk daripada semalam. Hidung pun dah rasa sakit dan lain macam je. Badan tak payah cakap la, dari pagi tadi lagi rasa penat walaupun dah tidur dengan lama. Mujur la selera makan masih x berubah dan nafsu makan masih tinggi.


Cakap pasal makan dan nafsu, malam ni kalau ikut perancangan nak pergi makan Steamboat bersama kawan aku. Dia yang ajak aku sejak 2 hari yang lepas dan insyaAllah kalau jadi dan ada rezeki malam ni, aku akan makan Steamboat. Hooyeaahh dah 4 bulan lebih tak makan steamboat kat Perlis ni.

Apa pun doakan supaya aku tak jatuh sakit atau demam teruk ye. Minggu depan dah start kelas dengan serius. kalau masa ni la jatuh sakit memang naya la jawabnya. Ehh masa ni ok lagi. Jangan masa nak exam tu jatuh sakit. Perrgghhh menangis tak dapat study kalau jatuh sakit :P

p/s : Fuh Fuh jadi makan Steamboat malam ni. Aminn
Comments
7 Comments

7 ulasan:

faridah nazurah berkata...

makan he.. janji perut tu sihat.. hehe nanti kompem elok demam tu :P

[sutera kasih] berkata...

cian kt keroro kan..sunyi blog dia huhu

kalo rasa nk demam tu, cepat2la exercise ke, makan ubat ke hehe

ieyza afieyna berkata...

kalau demam xbole makan steamboat ke ??

emy|farid berkata...

kalau demam sesuai kot mkn steamboat. sihat, hehe

NMH berkata...

demam tapi selera makan xubah tak riso sangat kot

Ezad Skytech berkata...

sedap la boleh makan steamboat..(^^,)

Luqeem™ berkata...

minggu hujan..semua dh jatuh skit..huhu

lpas ni kna makan antibiotic la..

 
Related Posts with Thumbnails