Isnin, 19 September 2011

Hah Baru Terhegeh Nak Update

He he cakap nak update banyak kali tapi hari ni baru masuk 2 kali. Apa cerita ni Firdaus ? Sembang kencang tapi buat tidak ( sarcasm LOL ). Erkk dasyat punya statement ni sampai sentap hati aku. Biasa la hidup sebagai pelajar bukan ada banyak masa. Kalau cuti 4 bulan hari tu boleh la aku taip sampai 10 post sehari.

Sebab tu yang dalam archive bulan lepas dan sebulan lepas mahu cecah sampai 200+ lebih post sebulan. Bulan ni tak tahu la banyak mana mungkin hanya 100 lebih je  kot. Itu pun kalau sampai, kalau tak sampai pun takpe la janji hidup bahagia. Cakap pasal hidup bahagia ni, bukan senang nak hidup bahagia sebagai seorang blogger yang ketagih dan juga sebagai seorang student ipta.

Idea nak menulis banyak.. takde la banyak sangat tapi boleh la sekadar untuk menulis kemudian update lepas tu tersengih macam kerang busuk. Tapi yang jadi halangan pulak adalah masa menaip tu. Boleh je nak menaip di telefon semasa pensyarah sedang mengajar tapi aku tak nak la buat macam tu. Masa study adalah masa study dan masa free adalah masa blogging. Aku cuba pisahkan 2 tu supaya pelajaran aku tak hanyut.


Blogging itu penting kerana ia dah jadi ketagihan aku tapi study lagi penting kerana itu harapan orang tua. Orang tua kita dah banyak habiskan masa, wang dan kudrat demi hantar kita sambung belajar. Andai kata gagal memberi apa yang mereka mahukan dalam pelajaran, kita mungkin boleh membuatkan mereka kecewa.

Tapi syukur la hari ni tidak la sibuk sangat dengan kelas cuma ada 2 kelas je. Tengah hari tadi ingat nak juga update tapi rasa malas pulak nak menaip. Nak on laptop aku rasa katil lagi menggoda jadi terbatal niat nak online. hu hu hu... Update dan update. Tu je yang bermain dalam kepala otak aku :)

p/s : aku tak pernah update pasal subjek kan ? Aahh boring dan pening pulak kalau update pasal tu.



Comments
8 Comments

8 ulasan:

BeloG MTT berkata...

Dunia blogging macam dah suram ramram ram kan.. =..="

Freaky berkata...

yerp sangat setuju mtt .. dah tak rancak

peNulis SeNjA berkata...

blogging dah full seo .. ore sibuk cri duit kang nni

Freaky berkata...

tu la pasal. semua nak objektif macam tu =_=

Cik Kasih berkata...

blogging n blogging..huhu

Hanih Borhan berkata...

owh hoho...rindunya cuti 4 bulan...nak lg sekarang bley, hahaha...

& katil mmg paling m'goda dr apa2 penggoda2 lain :D

aimie amalina berkata...

huuuuu
utamakan yg utama ye =]
weeeeee
hupdate gak jgn x hupdate
hihihihi

kiz berkata...

hidup mesti terus.. mulakan yg depan..kutip yang belakang.

 
Related Posts with Thumbnails