Ahad, 18 September 2011

Formspring Semakin Senyap

Ingat tak masa tahun lepas waktu formspring mula terkenal dan sambutannya begitu hangat sekali. Boleh kata setiap hari ada soalan yang ditanya kepada kita. Kadang-kadang dalam sehari tu boleh dapat sampai lebih daripada 10 soalan yang agak merepek, agak bernas, agak bosan dan agak menarik.

Tapi sejak beberapa bulan yang lepas, aku rasa formspring ni semakin lama menuju ke jalan kematian dan kebuntuan. Itu hanya pendapat aku je kerana formspring aku pun dah tak ada siapa yang bertanya soalan dan aku sendiri pun dah rasa sangat malas nak sign in kat formspring tu.

Dulu masa mula-mula terkenal, sangat seronok tanya soalan kepada orang. Biasanya yang lelaki akan tanya kepada perempuan dengan soalan " Awak dah ada bf belum ? " ... Ada perempuan yang jujur dengan jawab dah ada pakwe tapi ada juga yang tidak jujur kata masih single tapi dalam facebook dah In Relationship. Ampehh gila nak menipu tak pandai perempuan ni.

Yang tadi tu soalan nak meng-usha awek-awek. Biasanya dalam formspring sangat banyak soalan yang bodoh dek akal dan sangat merepek. Antaranya soalan bodoh yang selalu dapat adalah :

- Hari ni berak tah! panjang mana ?
- Aku nak mengorat awek ko boleh ?
- Ko rasa aku cantik tak ? ( Whatever !!! )
- Semalam aku pergi tengok wayang .. ( ini bukan soalan )

Banyak kan soalan merepek dan bodoh ? Tapi rileks la sebab ni semua hanya untuk suka dan main-main je. Aku sendiri tak ingat dah soalan apa paling mengarut pernah aku dapat tapi ada la mengarutnya jugak. Ampeh gila nak jawab soalan macam tu.

p/s : Formspring makin mati... tata formspring.
Comments
11 Comments

11 ulasan:

SoLy SoLicious berkata...

lame x bukak formspring..bile bukak beratus ha soalan x berjawab... biorkan jelah..

nuyen berkata...

formspring asyik dapat soalan yang berulang-ulang je. bosan nak jawab. spam la tu

EyqaLuvender berkata...

taw tape...
kte pon da lme ta login kt formspring...ntah ape yg spring pon tatawla..huh!

faridah nazurah berkata...

dah 8bulan tak bukak formspring.. hahaha

Paris Hilton (M) berkata...

dulu kemain rancak....

cinonex coreyan berkata...

aku langsung tak pernh letak formspring..hehe

kizmyself berkata...

haha...aku pernah daftar..tapi tak pernah guna..friends pun tak der..kah kah..adeh

Cik Siti Aziz berkata...

a'ah la..bru prasan..lame dh x peduli my fs..huhu mls nk amik tahu..

PeRmAtA bIrU berkata...

hehheh.. saya tak tau pon kewujudan formspring.. hehhe.. ketinggalan zamannya saya..:)

Ini Kisah Tia berkata...

kahkahkahhh . semua soalan macam sengal .

AIEN NOT ALIEN berkata...

huhu...baca entri ni baru tahu ada formspring ni...hehehe.. kesiannnn....

 
Related Posts with Thumbnails