Ahad, 4 September 2011

Christiano Ronaldo Bantu Portugal Menewaskan Cyprus | Kelayakan EURO 2012

Cristiano Ronaldo meledakkan dua gol, manakala Hugo Almeida dan Danny masing-masing menambah satu gol untuk membantu Portugal mencatat kemenangan 4-0 ke atas Cyprus pada aksi kelayakan Euro 2012 awal pagi semalam.

Kapten Portugal, Ronaldo menjaringkan gol pertama pada minit ke-35 hasil sepakan penalti sele- pas bola dilihat terkena tangan pe- main Cyprus, Sinisa Dobrasinovic.

Insiden itu menyebabkan Cyprus terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Dobrasinovic dilayangkan kad merah setelah mengutip dua kad kuning.

Pemain sayap Real Madrid itu menjaringkan gol kedua pada minit ke-82 yang melepasi penjaga gol Cyprus, Antonis Georgallides.

Almeida pula menjaringkan gol ketiga selepas bijak menyempurnakan hantaran Ronaldo sebelum Danny melengkapkan kemenangan bergaya pasukan itu pada masa kecederaan.

“Kami berhak menang kerana kami bermain dengan baik seba- gai satu pasukan, mempunyai keyakinan yang tinggi dan sentiasa fokus, “kata jurulatih Portugal, Paolo Bento.

Baca Selanjutnya di Sini .

Comments
2 Comments

2 ulasan:

Zul Fattah berkata...

haha.. aku tak suka r, CR ni.. sombong.. aku tegur pun dia tak layan.. lpas dia kluar MU ari tu.. terus aku fadup nak sokong dia.. haha..

Freaky berkata...

hahaha adoiyaii demo ni

 
Related Posts with Thumbnails