Khamis, 8 September 2011

Chatroom Melayu Tapi Pengiklanan SEX Webcam

Dulu beberapa tahun yang lepas masa aku mula kenal dengan dunia Internet, tempat aku habiskan masa dan melepak adalah di ruangan chatroom. Ada 1 Chatroom ni memang terbaik la dari segi kawalan. Siapa mencarut, kena tendang keluar chat, siapa cakap BODOH, kena tendang keluar, siapa chat lucah pun akan ditendang keluar. Boleh kata memang ketat juga kawalan daripada moderator yang jaga chatroom tu.


Setelah beberapa tahun aku tinggalkan dunia chat, aku cuba masuk kembali ke laman chatroom tersebut. Perrgghh agak terkejut melihat situasi chatroom yang semakin teruk tu. Semuanya sudah tak terkawal lagi . Yang paling tak boleh blah, pengiklanan dia tu ada unsur-unsur lucah. Dasyat gila habaq hang. Tak percaya mari tengok gambar kat bawah ni :

Aku sendiri pun tak tahu apa dah jadi pada chatroom tu. Malas nak ambil tahu dah pasal dunia chatting ni. Ambil tahu pasal dunia blog je sekarang. Tapi isu utama aku nak sentuh pasal pengiklanan yang teruk itu la.

Nasihat aku kepada admin website tu, buang je la pengiklanan macam tu. Chatroom tu dah la ramai melayu dan yang masuk pulak tu ramai remaja. Sekali nampak iklan yang ghairah tu, maka dunia chatting pun bertambah ghairah juga.

p/s : Aku tak pasti sekarang admin dia melayu atau mat saleh.. Hurmm
Comments
19 Comments

19 ulasan:

sergeant keroro berkata...

chatroom pe ni?

Freaky berkata...

kampungchat.com

NA berkata...

Kak Wina dah memang tak masuk lepas tukar pengurusan. Si Cozzi admin US ambil.

Lagipun memang dah tak best pun. Setahun lebih ok, tau Kak Wina kena tendang daripada jadi moderator.

-wina1979-

Freaky berkata...

kak wina : huhu kak wina pun dah kena tendang jugak

aimie amalina berkata...

kampung chat ke
maaakkk aiii
hayoo
kenapa skrg ni sume nak lucah
aiyoooooo

SoLy SoLicious berkata...

o.. zaman dolu2 gelemer sgguh kmpung chat ni..tp xsempat pun nk berchat2 ha..sbb kcik2 slu xde tenet ...hahaha

mas saari berkata...

akak pun pernah gak masuk kampung chat ni dulu2...

dahsyat gila dah sekarang...siap lucah2 lagi! adoiiii

Luqeem™ berkata...

aku terjebak dengan dunia chat ni waktu aku darjah 6..haha..

segala iklan aku pernah nampak tapi waktu tu tak pandang sangat. jnji dpt chat je.:D

bila dah masuk chat tu pun bukan chat biasa2 tp dah chat lucah..

syrupmasin berkata...

haha..aku chat dekat fb je :D

[sutera kasih] berkata...

femes wooo dulu chatroom tu..tp xpenah try hehe

Ezad Skytech berkata...

aq tak pernah masuk laman2 chatroom ni..hee~

anamizu berkata...

memang tah pape je skrg nih..
baik layan blogging la lg sempoi :P

kiz berkata...

kampung chat ke tu..? tempat lama melepak dulu selain irc..dulu arr..masa muda belia..hahaha..sekarang dah dewasa..

Saiazuan berkata...

tak pernah try lak. huhu

shah blogger berkata...

firdaus..itu la iklan gatal tuk org miang klik hahaha

Heidi Shafiq berkata...

baru la menarik..

Zul Fattah berkata...

ni chat room ke bilik placur..? haha.. aku tak pernah pulak join benda ni.. lpas ni, nk try r..

Shaherah berkata...

dulu ade gak chat2 ni.. tp kalau masuk gak.. skrg org dtg bukn chat lg.. skrg org dtg macam sangap gler.. memang dah tak masuk lagi..

zalizalu berkata...

menda ni freaky? chat tu apa?

 
Related Posts with Thumbnails