Khamis, 22 September 2011

Cepatnya Malam Muncul

Baru je rasa pagi tadi aku pergi ke kelas dan menghadapi situasi pembelajaran. Lepas beberapa jam masuk dan keluar kelas, maka habis la aktiviti pembelajaran untuk hari ini. Balik rumah makan-makan sedikit dan kemudian masuk ke kamar untuk beradu. Di mana aku menjadi nakhoda yang mengemudi bahtera melayarai lautan yang penuh bergelora. Segala ombak dan halangan aku tempuhi dengan jiwa yang penuh kental. Fuuuhhh Ayat !!!

Lepas tu bila terjaga je sudah masuk lewat petang. Selesai solat asar, aku pun buka laptop seketika untuk melihat statistik blog dan pelawat untuk hari ni. Alhamdulillah walaupun tidak la sekencang seperti blog lain tapi bagi aku sudah cukup baik bagi mengekalkan prestasi.


Selesai skodeng dan mengintai apa yang patut, maka aku terus pandang ke luar ke luar pintu. Waahhh terkejut aku apabila mendapati langit dan keadaan diluar sudah menjadi gelap. Sangat cepat pula aku rasa hari ini berlalu. Adakah kerana aku terlalu leka melakukan sesuatu sampai tidak terasa cepatnya masa berlalu ?

Masa yang berlalu juga bermaksud umur ku juga semakin berlalu tua. Semakin hari semakin MUDA... ehh salah.. semakin hari semakin tua tapi jiwa aku pula rasa semakin muda. Aku tahu ianya sangat tidak benar dan bunyinya agak perasan kerana aku sedang mengarut di dalam post yang penuh kebosanan ini.

Titik !!!

Comments
7 Comments

7 ulasan:

kiz berkata...

dah sampai masanya..malamlah ia..hehe

SoLy SoLicious berkata...

cepatnye malam kan .. same la stuasi kite kan freaky

sergeant keroro berkata...

cewahhhh, blog mantop sekarang. huhu

Ezad Skytech berkata...

aq pon rasa hari ni macam cepat je berlalu..huhu~

Cik Kasih berkata...

mmg rase cpt sbb tulat kne pi kem woo~ sorang2 plak tu..ngee..

Zul Fattah berkata...

mimpi basah ke tu?

alexa yussida berkata...

kalau buat benda2 lagha rasa cepat je masa berlalu..kalo kena stdy ke dalam kelas,aduhai lambat benor rasa masa bergerak..tehee

 
Related Posts with Thumbnails