Khamis, 22 September 2011

Bulan Madu di D’ FARO, D’ Lagos dan D’ Amour , Melaka

D’ FARO, D’ Lagos dan D’ Amour kukuh mengekalkan tradisi budaya tanah yang pernah ditakluk armada perang Portugis.

Terletak di daerah Alor Gajah, Melaka, sebanyak 193 penginapan mewah yang didirikan di atas tanah seluas 520 hektar di situ sesuai benar menjadi pilihan pasangan yang enak dibuai cinta. Apatah lagi kesemua pilihan memiliki katalog berbeza sama ada dari segi dekorasi dalaman mahupun luaran.

Namun begitu, pengunjung berkeluarga yang inginkan keselesaan termasuk kolam renang peribadi, mereka boleh memilih rangkaian vila D’ Amour yang mempunyai tiga buah bilik. Jika mahukan lebih ruang untuk melakukan aktiviti, vila D’ Faro dan D’ Lagos tentulah lebih sesuai.


Berbalik kepada vila bulan madu yang hanya terhad buat enam pasangan pada satu-satu masa, keistimewaannya memang di luar jangkaan.

Melangkah masuk ke ruang garaj kereta, aura Bali sudah menerpa ke sisi. Mana tidaknya, dekorasi sepanjang laluan ke pintu masuk ke vila itu dihiasi pergola kayu berukir yang mencerminkan elemen tanah Jawa itu, ditambah pula dengan sebuah wakaf kecil di hujung kolam renang di tengah laman.

Biarpun kecil, kiri dan kanan wakaf itu terhias cantik dengan pasu berlampu separas pinggang.
Menjengah ke dalam vila, cermin bulat panjang sedepa yang di kelilingnya dihiasi motif flora hitam merah menjadi titik fokal ruang tamu manakala di bawahnya tersedia sofa santai untuk dua orang.


Bertentangan dengan ruang itu pula disediakan satu set sofa bersama meja kopi dan sebuah televisyen skrin leper lengkap dengan siaran pakej penuh Astro.

Istimewanya bila memandang ke sudut kanan vila, sebuah kamar buat raja sehari beradu menggamit mesra.

Katil kayu berlangsir sutera putih lembut dengan hiasan cermin besar di belakangnya sekadar membuatkan jiwa semakin bergelojak untuk merasa nikmat katil bersaiz King yang empuk itu.

Baca Selanjutnya <<<

Comments
6 Comments

6 ulasan:

PeRmAtA bIrU berkata...

seronoknya... tengok gambar pon dah rasa macam best sangat... adoi...

mas saari berkata...

bestnya...tapi mesti mahal ni!

sergeant keroro berkata...

study habis dulu la, haha

Zul Fattah berkata...

ni mesti kes tak sabaq nak kahwin ni.. haha, relex lu Oh.. study x habis lg

FaKArePa!n berkata...

aku tak mampu.. huhu

[sutera kasih] berkata...

perghhh..syoknya bulan madu di sana

 
Related Posts with Thumbnails